Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Monday, March 24, 2014

MH370:Tidak Wujud Sentimen Anti-Malaysia Di China










Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan bahawa sentimen anti-Malaysia di China tidak wujud, meskipun terdapat dakwaan bahawa media Malaysia tidak mendapat layanan yang baik di negara itu.

Hishammuddin turut menegaskan sebahagian besar daripada ahli keluarga penumpang,sentimen anti Malaysia tidak wujud malah mereka bukan sahaja menghargai tetapi mengharapkan Malaysia teruskan SAR (Pencarian dan menyelamat).

Malaysia pada Khamis lalu, telah menghantar satu pasukan peringkat tertinggi ke Beijing untuk memberi taklimat serta perkembangan mengenai situasi MH370 kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Terdapat laporan di Beijing oleh AFP, di mana keluarga penumpang MH370 dari China meluahkan kekecewaan mereka apabila masih gagal mendapat jawapan tentang kehilangan pesawat milik MAS itu meskipun misi pencarian telah memasuki hari ke-12.

Menurut keluarga-keluarga itu, mereka tiada cara lain selain meluahkan isi hati mereka dengan rasa marah dan menangis, serta menunjukkan isyarat tangan dengan bengis ke arah wakil MAS.

Kejadian tersebut berlaku ketika sesi pertemuan pegawai penerbangan dengan keluarga tersebut di sebuah hotel di Beijing, China.

Bagi penulis,situasinya sangat menyedihkan,ianya bukan sahaja melibatan perasaan ahli keluarga mangsa malah kita sebagai manusia turut tersentuh hati dengan bencana ini.Seharusnya kita tidak menyalahkan mana mana pihak dan sentiasa menyokong dan berdoa agar segalanya menemui pengakhiranya,

Takziah kepada keluarga mangsa..kepada Allah kita berserah..


Sumber: Astro Awani

0 comments:

Post a Comment