Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Sunday, March 2, 2014

Bayi Melecur Seluruh Badan Akibat Salah Ubat






akibat tersalah dos suntikan seorang bayi lapan bulan terpaksa menanggung keperitan apabila seluruh tubuhnya tiba-tiba melecur selepas mengambil ubat ruam dari sebuah klinik swasta di alor setar.
menurut bapa bayi malang itu, khairul nizam lebai jusoh, 41, pada mulanya anaknya mengalami ruam biasa di bahagian kelangkang dan perut lalu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta di pusat bandar pada 16 februari lalu.
setelah selesai membuat pemeriksaan, doktor memberi ubat sapu dan ubat makan sebelum mereka pulang ke rumah di jalan stadim, alor setar.

bimbang ia akan melarat khairul dan isteri, nur shazira mohd salleh, 23, membawa bayi mereka ke hospital sultanah bahiyah (hsb) pada 24 februari untuk mendapat rawatan selanjutnya.
doktor pakar di hsb memaklumkan kepada beliau, ubat yang diberikan klinik tersebut tidak sesuai kerana anaknya itu mengalami alahan kulit dan sepatutnya doktor itu perlu membuat pemeriksaan yang teliti terlebih dahulu.

1 comments: