Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Tuesday, June 3, 2014

Liverpool Transfer Rumors & M.U





4.39 pm..
Selasa..


Hampir 3 bulan saya berdiam diri..Hari ini mula singgah di blog yang sudah bersawang...selama 3 bulan agak sibuk dengan rutin kerja.Selama 3 bulan juga hanya ada satu perkara yang aku pedulikan.

Setiap hari laman rasmi kelab bola sepak yang aku minati aku kunjungi,hanya ingin mengambil berat apa yang telah dibuat Si pengurus kelab ni sepanjang cuti..

Aku mmg Die Hard Fan Liverpool..sejak dulunya tidak pernah terlintas tuk melompat kelab seperti mana senangnya org melompat parti politik.kihkihkih..

Nah ini yang aku ingin kongsi sepanjang musim rehat Liverpool..Mungkin fan liverpool sudah sedia tahu siapa yang telah dibawa masuk..tapi jari aku tetap nak teruskan entri ni..

RICKIE LAMBERT (4 M)



Pembelian pertama oleh Pengurus Brendan Rogers.Dibeli untuk memperhebatkan jentera serangan Liverpool.Bersama-sama Suarez & Sturridge,Lambert bakal memberi sokongan kepada dua penyerang sedia ada.Lambert mungkin akan digandingkan bersama Fabio Borini yang cemerlang selepas dipinjamkan di Sunderland.Lambert sebelumnya penyerang kelab southampton menjaringkan 14 gol musim lepas.Lambert yang kini mewakili England ke piala dunia Brazil adalah seorang penyerang yang pakar dalam sepakan percuma dan mempunyai rekod yang luar biasa dalam mengambil sepakan penalti.Mempunyai struktur badan yang kuat disamping penyudah yang tajam.


Ini pula senarai pemain-pemain yang sedang diusahakan Brendan untuk dibawa masuk dalam The Reds Family.More to come....


ADAM LALLANA ( MIDFIELDER-SOUTHAMPTON-25M)


Prospek terbesar Liverpool musim ini dengan Adam kini menjadi pemain paling dikehendaki Brendan Rogers.Liverpool pada awalnya meletakkan harga 20 million,namun Southampton menolaknya.Kini Liverpool menaikkan nilainya dengan harga 25 milllion.Menjaringkan 9 gol pada musim lepas.


EMRE CAN (MIDFIELDER-BAYERN LEVERKUSEN-10M)



Pemain Bayern Leverkusen ini berusia 21 tahun.Diantara pemain yang sedang diusahakan dibawa masuk ke Liverpool dengan nilai 10 million.


ALEXIS SANCHEZ (FORWARD-BERCELONA)


Pemain Chile kini menjadi buruan liverpool,Manchester United dan Tottenham.Berumur 25 tahun mungkin akan dijual kerana desas desus mengatakan sanchez tidak berada dalam senarai skuad perancangan jurulatih baharu Bercelona.


XHERDAN SHAQIRI(BAYERN MUNICH)


Shaqiri bermain di posisi tengah di Bayern Munich.Brendan ingin membelinya sekiranya usaha untuk mendapatkan Adam Lallana Gagal.Shaqiri kini gagal menambat hati Pep Guardiola dan sering diletakkan dibangku simpanan.


CESC FEBREGAS(BERCELONA-30M)



Liverpool kini dalam usaha membida Febregas dengan nilai 30 million.Turut mengintai pemain ini adalah Manchester United,Chelsea dan bekas kelabnya Arsenal.Kini bermain untuk Sepanyol ke piala dunia Brazil.

DEJAN LOVREN(DEFENDER-SOUTHAMPTON)


Pemain pertahanan yang melalui musim yang baik di southampton.Liverpool turut meminati pemain ini selain dari rakan kelabnya Adam dan Rickie Lambert.

DZEMAILI (NAPOLI)


Pemain kebangsaan Switzerland ini menjadi buruan Liverpool dan musuh setempatnya Tottenham.berumur 28 tahun yang kini bermain untuk Napoli turut diburu oleh Inter Milan dan Borussia.



ALBERTO MARENO(LEFT BACK-SEVILLA-16M)


Pemain pertahanan kiri Kelab Sepanyol Sevilla kini menjadi buruan Liverpool dengan Brendan kini meletakkan harga 16 million bagi pemain ini.berumur 21 tahun mempunyai kualiti dan skill yang menakjubkan ketika bertahan.



SERGE AURIER(RIGHT BACK-TOULOUSE)


Pemain yang kini menjadi buruan utama Arsenal untuk menggantikan Bacary Sagna yang ingin ke Manchester City.Brendan kini bercadang untuk merampas pemain kebangsaan Ivory Coast dari Arsenal yang kini melabur 7 million untuk pemain ini namun persetujuan masih belum dicapai anta kedua-dua kelab.


Eleven players Louis van Gaal will splash £150 million on in the summer transfer window
1.CESC FEBREGAS(BARCELONA)
2.SEBASTIAN JUNG(EINTRACHT FRANKFURT)
3.MARIO MANDZUKIC (BAYERN MUNICH)
4.EDINSON CAVANI(PSG)
5.LUKE SHAW(SOUTHAMTPON)
6.BRUNO MARTINS INIDI(FEYENORD)
7.MARCO REUS(BORUSSIA DORTMUND)
8.MATT HUMMELS(BORUSSIA DORTMUND)
9.ARJEN ROBBEN(BAYERN MUNICH)
10.TONI KROSS(BAYERN MUNICH)

Sumber:www.liverpool.com