Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Tuesday, October 29, 2013

Air Nira Redakan Kehangatan berkempen Di PRK Sungai Limau Kedah







 

Salam...Dalam kesibukan limpahan manusia berpolitik di bumi Sungai Limau ,Yan Kedah, Para peniaga Air Nira awal-awal lagi merangka strategi,melaksana misi dengan hanya satu tujuan untuk memastikan jualan air nira mereka terjual dengan lumayannya..Hasilnya Air Nira kini menjadi tumpuan pengunjung di Sungai Limau bagi meredakan penat lelah berkempen,dan mencari rumuan terbik untuk meredakan kepanasan hati mereka mendengar ceramah-ceramah panas kedua-dua belah parti yang bertanding...Aku berkesempatan melihat suasana ini dan sedikit cerita aku coretkan di sini...

air nira nipah antara minuman tradisi yang agak popular di negeri kedah, antara kelebihan amalan meminum air nira nipah ialah menyejukkan badan.

ianya manis lagi berkhasiat dan keenakan nira nipah bertambah apabila dicampur dengan air batu.

nira nipah ini banyak dihasilkan secara tradisonal oleh penduduk kampung yang tinggal di sekitar kawasan sungai limau, yan, kedah.


bagi pengusaha nira nipah dan peniaga air minuman itu, pilihan raya kecil (prk) dewan undangan negeri (dun) sungai limau memberi satu keuntungan kepada mereka kerana permintaan terhadap minuman itu meningkat sekali ganda, berbanding sebelum ini.

yusof abdullah merupakan salah seorang pengusaha nira nipah, yang tinggal di kuala sedaka yang terletak dalam kawasan dun sungai limau.

menurutnya, menjelang prk dun sungai limau, tempahan air nira yang disadap (diambil) daripada pokok-pokok nira dari belakang rumahnya meningkat sehingga kadang-kala ianya tidak dapat memenuhi permintaan.

yusof berkata, beliau hanya menyadap air nira nipah itu secara sambilan, namun pendapatannya agak lumayan, apatah lagi dalam prk ini kebanyakkan orang tertumpu ke sungai limau.


katanya, walaupun proses penghasilan air nira nipah itu agak renyah dan mengambil masa yang lama, namun ianya pastinya berbaloi  apabila air nira yang dituai itu ditempah pelanggan.

sepanjang tempoh kempen pilihanraya ini, selain memastikan bekalan air nira kepada pelanggan tetapnya mencukupi, beliau juga menerima tetamu yang ingin menikmati keenakan air nira yang baharu sahaja dituai dari pokok.

peniaga air nira dari pekan yan kechil, salmiah omar, pula berkata, hasil jualannya meningkat sejak beberapa hari lepas hasil tempias prk dun sungai limau.

pada hari biasa, beliau sekadar menjual antara 60 hingga 80 bungkus air nira nipah sehari, namun sejak tiga hari lepas hasil jualannya meningkat sehingga 200 bungkus sehari.

salmiah menjual air nira nipah itu dengan harga rm2 sebungkus.

selain dapat menyegarkan badan, bagi peminat air nira nipah, di antara mereka mendakwa, air nira nipah yang asli boleh membantu memecahkan batu karang dan mencuci buah pinggang.









Wednesday, October 23, 2013

Ayuh Renovate..Renew Hati Kita..




Jom same2 bersihkan hati kita dari penyakit-penyakit hati seperti iri hati, dendam, dengki dan seumpamanya

Dalam islam ada 4 jenis kategori hati :

1.Hati  Hidup dan Sempurna atau selamat Sejahtera – ialah hati yang tenang diselaputi dengan iman dan dipenuhi dengan cahaya.Yakin dan Ikhlas serta dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT. Mencintai apa sahaja yang Allah Cintai serta Redha kepada Allah SWT.

2.Hati Mati- ialah hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan bersifat ganas, seperti rumah yang ditinggalkan dan didiami oleh syaitan, Dipenuhi dengan  sifat munafiq, kafir dan maksiat. hatinya adalah seperti hati orang kafir.

3.Hati Sakit- Imannya sentiasa berubah, kadang-kadang menjadi munafiq dan kadang-kadang berminat kepada Islam, Hatinya sentiasa dibelai dengan nafsu, bergelombang dengan fitnah dan tergoda dengan syaitan, ia adalah hati yang terlalu lemah iman.

4.Hati yang kosong- apa jua diisi ia tidak membawa apa-apa faedah,tidak mengenal kebaikan dan tidak mengenal kejahatan, apa yang menjadi matlamatnya adalah nafsu semata-mata, inilah hati orang munafiq.




Ibrahim bin Adham menyatakan 10 sebab mematikan hati:

1.Ia mengetahui Allah SWT namun ia tidak tunduk dan patuh kepadaNya.
2.Mengetahui Rasul namun tidak mengikuti petunjuk dan sunnahnya.
3.Mengetahui Al-Quran namun tidak mengamalkannya.
4.Menikmati nikmat yang telah dianugerahkan Allah SWT namun tidak mensyukuri akan nikmatNya tersebut.
5.Mengetahui Syurga namun tidak meminta mengharapkannya serta melakukan sebab-sebab yang dapat menuju padanya.
6.Mengetahui Neraka, namun tidak menjauhi sebab-sebab menujunya.
7.Mengenal dan mengetahui syaitan namun tidak menjauhi dan malah terpujuk rayuannya.
8.Mengetahui akan kematian namun tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
9.Melihat dan mengebumikan jenazah, namun tidak mengambil iktibar darinya.
10.Tidak memperdulikan aib-aibnya dan malah menyibukkan dirinya dengan keaiban orang lain.

Untuk itu jomlah kita sama-sama jaga hati kita..Aku akui aku tidak mempunyai hati yang cukup bersih..kadang-kadang aku cuba menilai diri aku sendiri..apa pun sama-samalah kita berkongsi apa yang baik.Berikut adalah 10 surah yang mampu mengubah kita kalau kita yakin dan amalkannya.

10 Surah Yang Paling Berharga Dari Al-Quran

1-Surah Al-Fatihah mencegah dari kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin mencegah dari kehausan pada hari Kiamat.

3-Surah Ad-Dukhan mencegah daripada huru-hara hari Kiamat.

4-Surah Al Waqiah mencegah daripada kefakiran.

5-Surah Al-Mulk mencegah daripada Azab Kubur.

6-Surah Al-Kauthar mencegah daripada perbalahan atau permusuhan.

7-Surah Al-Kafirun mencegah daripada menjadi kafir semasa meninggal dunia.

8-Surah Al-Ikhlas mencegah daripada bersifat munafiq.

9-Surah Al-Falaq mencegah daripada perasaan hasad.

10-Surah An-Nas mencegah daripada terkena penyakit was-was.

Sekadar Berkongsi...




Tuesday, October 22, 2013

Artis Dibayar 6 Juta hanya Untuk Satu Lagu



Satu material boleh menceritakan segalanya hanya dalam sebuah Iklan.Ini yang dimanipulasikan dalam iklan Mcdonald yang terkenal dulu.

Lagu "Im Lovin It" daripada iklan Mcdonald adalah nyanyian bekas penyanyi kumpulan Nsync Justin Timberlake yang kini bergerak sebagai penyanyi solo.

Justin Timberlake dikatakan telah dibayar sebanyak AS$6 Juta hanya untuk lagu tersebut.Semestinya aspek komersial yang ada dalam artis ini sangat berguna.Untungla ko justin...











Segalanya Indah:Cintaku Hanya Seminggu






Berlatarbelakangkan keindahan nan hijau bendang di kedah tercetusnya cinta Dia.Katanya cinta nya hanya seminggu,seminggu itu menceritakan detik manis percintaan nya,happy,ohsem,magical dan macam macam lagi.Cinta yang tidak pernah diduga oleh sang dia namun hanya sementara.

Bagai ribut tanpa angin,dia tersedar,lalu dengan sebilah parang dia berjalan melintasi ceruk damai bendang padi dengan nekad mahu membunuh diri.Oooopsss akhirnya sang Heroin muncul dengan segala kudrat menumbuk,menampaq si sang pencinta...dan...

Lahirlah sebuah epik cinta Made in Kedah...saksikan 







Monday, October 21, 2013

Wasiat Rasulullah mengenai Sifat Gila




Hadist Tentang Rawatan Gila

"Sewaktu kami bersama Rasulullah saw seorang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata;”Ya Rasulullah saw saya ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda saw telah bertanya; ”penyakit apa?” jawab nya;”sejenis gila,” Rasulullah saw menyuruh orang itu membawa saudara nya. Kemudian Baginda Rasulullah saw telah membaca surah-surah dan ayat di bawah ini juga dikenali sebagai ayat Manzil:

Bacaan 1:AlFatihah
Bacaan 2: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 1-5.
Bacaan 3: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 163.
Bacaan 4: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 255-257.
Bacaan 5: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 284-286
Bacaan 6: Surah Al-Imran (Surah 3) ayat 18.
Bacaan 7: Surah Al-Imran (Surah 3) ayat 26-27.
Bacaan 8: Surah Al-A'raaf (Surah 7) ayat 54 56.
Bacaan 9: Surah Al-Israa' (Surah 17) ayat 110-111.
Bacaan 10: Surah Surah Al Mu'minuun (Surah 23) ayat 115-118.
Bacaan 11: Surah Asy Shaffat (Surah 37) ayat 1-11.
Bacaan 12: Surah Ar Rahman (Surah 55) ayat 33-40.
Bacaan 13: Surah Al Hasyr (Surah 59) ayat 21-24.
Bacaan 14: Surah Al Jinn (Surah 72) ayat 1 4.
Bacaan 15: Surah Al Kafiruun (Surah 109) ayat 1 6.
Bacaan 16: Surah Al Ikhlas (Surah 112) ayat 1 4.
Bacaan 17: Surah Al Falaq (Surah 113) ayat 1 5.
Bacaan 18: Surah An Nas (Surah 114) ayat 1 6.

Gila dan Manusia :Jenis-Jenis Gila Yang Berbahaya





Aku nak share satu fakta yang dah sememangnya ada dalam sifat manusia.Saje berkongsi mengenai sifat manusia yang ada pada zaman sekarang.Gila sangat subjektif...banyak pengertiannya.Dalam Al-Quran dan Hadis pun ada yang membangkitkan mengenai sifat-sifat manusia seperti ni...Apa yang perlu kita fikirkan bagaimana kita berhadapan dengan sifat manusia seperti ni..Sabar adalah lawannya dan kita harus kembali pada jalan Allah.

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

Surah Yaa Siin : 9

Antara jenis-jenis Gila :

GILA HARTA























GILA PEREMPUAN




















GILA SEKS



























GILA TALAK






















GILA JUDI

























GILA MEROYAN


























GILA KUASA




















Sunday, October 20, 2013

Madu Kelulut Banyak Khasiat





Lebah adalah agen serangga yang sering dikaitkan dengan Proses Pendebungaan..Tapi ingin aku coretkan disini ialah mengenai satu spesis lebah ni haaa..

Lebah Kelulut mempunyai keistimewaan tersendiri namun ianya jarang sekali kita dengar.




kini ia menjadi idaman semua orang untuk merasai khasiat madu kelulut walaupun rasanya agak masam manis dan bersifat larut air.

Kelulut adalah sejenis lebah tempatan yang menghasilkan madu sama seperti spesis lebah madu yang kita kenal.





Menariknya,lebah kelulut tidak menyengat dan mudah diuruskan.Dari madu hinggalah propolis mempunyai khasiat antioksida yang tinggi.

Aku berkesempatan melihat cara pemprosesan malah lensa selebetku sangat teruja merakam cara penghasilannya dilakukan di tapak ternakan kelulut di pokok sena, kedah.




memang original tiada campuran bahan-bahan lain malah khasiatnya tiga kali ganda dari madu biasa.

Ianya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu di dalam kantung kantung kecil yang dibuat lebah kelulut.

Khasiat propolis mengandungi kesemua 16 jenis asid amino ,glukosa ,vitamin ABCD &E,bioflavanoid dan pelbagai mineral untuk memulihkan

 


kesihatan badan

Bioflavanoid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan manakala madu mengandungi NPK dan mineral yang tinggi.














Khasiat Madu Kelulut :

1.Penat ,Lelah
2.Radang Paru-Paru,Sakit Perut
3.Sembelit,Kanser,Cirit Birit
4.Buasir,Antibiotik,Kencing Manis
5.Jantung,gaut,Darah Tinggi
6.Sakit Pinggang,Memulihkan Tenaga
7.Menghaluskan Kulit


                Jika berminat sila hubungi Agen:Ustaz Fadil/Maskina (0174672170/0125947631)
                                        http://www.youtube.com/watch?v=216aef63Zhg




Sunday, October 13, 2013

Homestay Kucing:Tempat Berkumpulnya Geng2 Kucing













Baru-baru ni aku saje jalan-jalan nak manjakan kaki di waktu petang ,jalan punya jalan lensa aku ni ha menjerit lak sebab dia terpandang ada sebuah homestay (tengok homestay pun nak menjerit).

So aku pun ikutlah mata lensaku ni ,ternampaklah aku sebuah homestay yang kucing kucing sahaja mampu membayar sewa homestay yang mahal tu hahaha..(gurau jer)


aku pun dengan excitednya masuklah homestay tu dan apa yang aku dapat adalah INI!.

homestay ni milik ahmad kenedi che noh yang menempatkan hampir tiga puluh ke lima puluh ekor kucing dalam satu masa.

idea untuk mewujudkan homestay kucing ini bermula sejak 2006 oleh kerana minat beliau sejak kecil dengan semua jenis binatang terutamanya kucing.

ahmad kenedi yang juga guru bahasa melayu di sekolah kebangsaan telok kechai alor star kedah ini turut mempunyai kebolehan dalam merawat sendiri semua jenis penyakit kucing.

menurut beliau homestay kucingnya ini turut menyediakan khidmat mengubati pelbagai jenis penyakit kucing kecuali bagi kucing yang memerlukan pembedahan.

beliau turut menitikberatkan soal penjagaan kucing selama kucing-kucing tersebut ditinggalkan sementara di homestay beliau bermula dari penjagaan makanan seharian kucing sehingga tatarias kucing tersebut.

selalunya kucing-kucing akan ditempatkan di homestay tersebut untuk tiga ke empat hari bergantung kepada keadaan samaada untuk tujuan jagaan ataupun rawatan.

untuk tujuan jagaan pelanggan beliau akan menghantar dalam tempoh tidak lebih dari seminggu dan cajnya pula sekitar lima ringgit ke sepuluh ringgit (rm9-rm10) sehari.

lazimnya kucing-kucing ini dihantar pada musim cuti sekolah atau pun perayaan manakala untuk tujuan rawatan pula bergantung kepada jenis penyakit dan tempoh rawatan yang dihidapi kucing tersebut.

menceritakan pengalamannya, beliau banyak mempelajari ilmu mengenali kucing ini dari pengalaman beliau yang sentiasa bersama kucing sejak dari kecil lagi.

masalah yang sering dihadapi beliau dalam merawat penyakit kucing selalunya seperti kucing tidak lalu makan,penyakit kulit,cacing dan masalah usus.

katanya lagi kucing juga memerlukan penjagaan rapi dan perlu mendapat suntikan kesihatan sebanyak dua kali setahun.

minat beliau dengan kucing dan pelbagai jenis binatang ini turut diwarisi oleh anak lelaki  beliau ahmad fudal ahmad kenedi.



Tulisan Khat: Seni Islam Teragung








Salam..Aku kongsikan entri lensaku kali ni mengenai tulisan khat.Ia sememangnya satu warisan islam yang sangat agung bagi aku.Aku dan lensaku berkesempatan hadir dalam bengkel tulisan khat yang dianjurkan oleh salah sebuah NGO di Kedah.

Sangat menarik,teruja dan aku kagum,tak ramai orang sekarang ni yang ada kebolehan dalam tulisan khat ini dan bagi aku kalau korang nak belajar memamg tak susah pun,korang hanya perlu tumpuan ,sedikit seni dalam tangan  korang dan hasilnya akan terbukti.

Satu perkara yang baik kalau kita orang islam ada kemahiran ni ,sebabnya selain kita ada kemahiran lain pastinya kita dapat menghayati serba sedikit peninggalan seni islam yang ditinggalkan sejak zaman nabi dahulu.Apa-apa yang kita buat mengenai islam pastinya Alllah melihat dan suka.

Aku sertakan rakaman lensa selebetku di hari bengkel tersebut.Ramai yang hadir dari budak kecik sampailah orang dewasa yang berusia.

khat ataupun dalam bahasa melayu yang bermaksud garisan sememangnya digunakan sejak zaman sahabat baginda.

tulisan ini juga semakin dilupakan terutama bagi genari muda maka sayang kerana ia adalah salah satu peninggalan rasullah kepada umatnya.




Friday, October 11, 2013

Manusia,Robot dan Dot Dot Dot....



video


Ini nak ku kongsi pada korang kali ni..Bola sepak Robot..
Robot bermain bola sepak mungkin agak baru di Malaysia Tapi yang ini lahir dari inovasi student-student Politeknik Malaysia.

Permainan ini menggunakan skill pengaturcaraan tanpa alat kawalan jauh kini telah pun dipertandingkan di malaysia di pelbagai kejohanan.




Bagaimanapun permainan ni masih baru di Malaysia dan belum dikomersialkan sehingga setaraf dengan permianan teknologi yang lain.

Walau permainan ni agak praktikal namun seronok jugak berhibur bersama dengan "Teknologi".

Bagi aku permainan macam ni mampu memberi platform yang sesuai kepada si pemainnya berfikir secara kreatif dan inovatif.







Saturday, October 5, 2013

Nak Cari Bini





Isteri adalah pelengkap hidup bagi seorang lelaki,Isteri yang baik dalam islam adalah isteri yang menjaga kehormatan diri dengan menjaga maruahnya dan kelakuannya,isteri yang baik juga adalah isteri yang menjaga kehormatan suaminya,selain dari menjaga makan minumnya,nafkah zahir batinnya,bila suami sepi isteri yang menghiburkan,bila suami sakit isteri jugalah penawarnya.

Suami itu ketua keluarga, lelaki bernama suami harus menjaga keluarganya ,menjaga maruah isterinya,memperbetulkan isterinya sekiranya salah.

itu yang aku paham serba sedikit.Terbaca aku satu artikel di facebook mengenai satu isu yang heboh sekarang dan secara sinis ini yang muncul:

Nak PANDAI - cari bini Cikgu

















Nak WARAK- cari bini Ustazah


























Nak SIHAT- cari bini doktor


























Nak GEMOK- cari bini chef




















Nak KAYA- cari bini Hartawan

























Nak GLAMER- cari bini artis





















Nak SELAMAT- cari bini polis






















Nak MAMPOS- cari bini orang




















Nak GADUH - cari bini MAT YO