Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Monday, September 30, 2013

Mati Keracunan Selepas Makan Kenduri






"4 orang meninggal dunia,35 ditempatkan di ICU s,petani,78 menerima rawatan pesakit luar termasuk pengantin dan keluarga"

Tiga disahkan meninggal dunia  selepas di percayai mengalami keracunan makanan di selepas makan kenduri di kampung huma, tanjung dawai, sungai petani kedah.Mangsa pertama dikenali nur shazana mohd rashid 24, dari kampung tempoyak, bedong kedah meninggal  di hospital sultan abdul halim (hsah)  sungai petani  kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

Mangsa kedua, seorang kanak-kanak lelaki,  norrahmat yusof berusia sebelas tahun dari kampung singkir, merbok, meninggal di hospital yan kira-kira jam 1 petang tadi dan ketiga ibrahim mohd , 62 meninggal di hospital sultan abdul halim sungai petani jam 6.30 petang.

kesemua mangsa dikatakan menghadiri majlis kenduri kahwin di kampung huma, tanjung dawai, kuala muda pada sabtu lalu dan mengalami sakit perut dan ciri birit selepas pulang ke rumah masing-masing.Menurut ibu nor rahmat, anaknya itu pergi makan kenduri bersama bapanya sabtu lalu dan makan ayam masak merah.

Selepas pulang anak bongsu dari lima beradik itu mengadu sakit perut, namun beranggapan hanya mengalami sakit biasa.
bagaimanpun semalam dan pagi tadi mangsa semakin teruk dan dibawa ke hospital yan  untuk menerima rawatan.bagaimanpun di sahkan meninggal kira-kira jam 1 petang.

menurut hairul azhar harun yang juga sepupu kepada arwah nor shazana berkata, mangsa meninggal dunia selepas pengsan jam 12.45 tengah hari di rumahnya dan meninggal dunia sejurus dibawa ke hopsital.

Difahamkan ahli keluarga lain turut mengalami masalah yang sama namun tidak serius.

sumber Berita tv9

Friday, September 27, 2013

DIA Tidak Normal,Tapi DIA Istimewa






video

                           "Jerit payah kita,Tidak sia-sia,Tuhan dah berjanji memberi balasan"

video






Ini Kisah seorang OKU

Aku mulakan entri aku kali ni dengan satu ayat- ISTIMEWA.

Siti Salmiah empunya nama berusia enam belas tahun,bagi aku dia istimewa.Pemegang kad OKU ni membuktikan bahawa kekurangan dirinya bukan penghalang unutk berjaya.

Mempunyai keistimewaan dalam bidang hafazan sehingga menjadi juara peringkat kebangsaan golongan oku tiga tahun berturut turut (2007-2009).

Bakatnya terserlah sejak kecil dan unik bg aku dia hanya menghafal ayat ayat alquran dengan hanaya mendengar melalui pita rakaman serta dibantu gurunya.

dan bagi korang aku dan lensaku sediakan satu rakaman video siti salmiah yang sedang menyanyi dan sesungguhnya ianya sangat indah.

Dia disenangi oleh semua orang malah anak tunggal dari keluarga serba kekurangan ini tidak menjadikan kemiskinan keluarganya sebagai penghalang unutk dia berjaya dalam hidup.


Ibunya Sarimah Shuib, baginya kehadiran Salmiah sangat beerti dalam hidupnya.

Biarpun anaknya itu tidak mamapu berdikari seperti orang lain dia tetap menghantar anaknya itu tinggal di asrama sekolah berkenaan dan hidup normal seperti rakan rakan sekolahnya yang lain.





Perginya Seorang Pejuang Islam :Pengurusan Jenazah dan Pengebumian Ustaz Azizan















Al-Fatihah kepada Allahyarham ustaz azizan

Kronologi kematian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak ;

11.10 pg - Disahkan oleh isterinya Puan Sri Faekah secara telefon
11.30 pg - Ketibaan MB Kedah
(Sejak malam tadi orang ramai mula membanjiri Wad ICU HSB hingga saat kematiannya)
11.45 pg - jenazah dibawa ke Unit Forensik utk dimandikan. Antara yg hadir Dato Mustafa Ali, Bekas Exco PR, Abd Ghani Ahmad, Exco Kerajaan, Dr Ku Abd Rahman, Aminudin Omar & Badrul Hisyam, ADUN PR Bukit Selambau dan bekas Setpol MB, Sanusi Md Nor. Saya & Dato Muatafa Ali dibenarkan masuk ketika jenazah dimandikan.
01.00 tgh - tahlil
01.15 tgh - jenazah dibawa menaiki van dgn diiringi trafik & kereta peronda polis.
01.30 - jenazah tiba di Masjid di Markaz PAS Pokok Sen dan disambut oleh org ramai dan Unit Amal.
02.00 ptg - ketibaan DS Md Isa B Sabu, Bekas MB Perlis dan Azlan Man, MB Perlis.
02.15 ptg - ketibaan YB Azmin Ali, Mohd Sabu.
02.30 ptg - ketibaan Ust Hashim Jasin, bekas ADUN Sanglang bersama YB Mohd Shukri B Ramli, ADUN Sanglang, Dato Mustafa Ali, SUA PAS.
02.45 ptg - keberangkatan Tengku Temenggong Kedah.
03.00 ptg - keberangkatan Tengku Bendahara Kedah.
03.40 ptg - keberangkatan SBPYDA & Permaisuri serta Tengku Puteri Intan Safinaz.
04.15 ptg - Solat jenazah diimamkan oleh anaknya, Izzatul Islam.
04.30 ptg - jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum Pokok Sena utk disemadikan. Solat jenazah kali kedua diimamkan oleh Dato Dr Haron Din.
05.00 ptg - jenazah mula disemadikan.
05.30 ptg - Talqin dibaca oleh Ust Md Rejab Mat Akhir, KU Ulamak Jerlun, TG Salleh Musa & Syeikh Ismail Kamis.
05.15 ptg - ketibaan Tun M & MB Kedah mendengar talqin.
05.30 ptg - kelihatan Dato KJ, Dr Hatta, Dr Dzulkifli dan Dato Mahfuz yg tiba dari Parlimen.
06.20 ptg - Talqin selesai.
07.15 mlm - Org ramai yg datang lewat sempat menziarahi pusara dan beransur pulang selepas Solat Maghrib di Masjid Muassasah Darul Ulum.

Sumber :Dewan pemuda pas kedah



Wednesday, September 25, 2013

Bekas Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Meninggal dunia..Info Terkini








Update Terkini 

ketua penerangan pas kedah, mohamad sanusi mad noor, jenazah dibawa pulang ke masjid al-ehsan pokok sena dan akan dikebumikan selepas solat asar jam 5.30 petang di tanah perkuburan madrasah darul ulum,pokok sena kedah.

Menteri Besar kedah laa nii  Datuk paduka mukhriz tun mahathir turut menziarahi allahyarham di unit rawatan rapi (icu) hospital sultanah bahiyah (hsb) alor setar.

Barisan exco negeri kedah,pengerusi jawatankuasa perdagangan dalam negeri, koperasi & hal ehwal pengguna,datuk dr  ku abdul  rahman ku ismail, pengerusi jawatankuasa perumahan & kerajaan tempatan, bekalan air, sumber air dan tenaga badrol hisham hashim dan juga pengerusi jawatankuasa belia dan sukan kesenian, kebudayaan dan warisan, aminuddin omar.

dilihat hadir setiausaha agung pas, mustafa ali serta ahli pimpinan pas yang lain turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham.



Bekas menteri besar kedah, tan seri azizan abdul razak meninggal dunia di unit rawatan rapi (icu) hospital sultanah bahiyah (hsb), alor setar kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

perkara itu disahkan oleh timbalan pengarah perubatan 1 hsb,  dr nor zaini morad yang berkata azizan meninggal disebabkan kegagalan fungsi organ dan jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disamping isterinya puan seri faekah syeikh hamzah bersama beberapa anak allahyarham, kenalan dan kakitangan hospital yang merawat beliau.

semalam, azizan yang juga ahli dewan undangan negeri (adun) sungai limau dilaporkan dalam keadaan kritikal, selepas mengalami komplikasi jantung yang serius dipercayai akibat jangkitan kuman.

azizan, 69, yang bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan sejak seminggu lalu, dikatakan pengsan selepas serangan jantung pertama kira-kira jam 3 pagi semalam dan kini dipantau rapi oleh doktor.

pada 9 mei lalu, azizan menjalani pembedahan di hospital pulau pinang (hpp) bagi memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan diabetes selepas dipindahkan dari kedah medical centre (kmc), di alor setar.

beliau yang mempertahankan kedudukan sebagai adun dalam pilihan raya umum ke-13 (pru-13) lalu menerima rawatan lebih tiga bulan di hpp, sebelum dipindahkan ke hsb mulai 13 ogos lalu.

azizan meninggalkan dua isteri iaitu puan sri faikah syeikh hamzah dan shamsiah shafie serta lapan anak.
azizan sebelum ini adalah pesuruhjaya pas kedah sebelum diambil alih oleh datuk mahfuz omar.

beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar kedah pada 9 mac 2008 selepas pas dan rakannya dalam pakatan rakyat, pkr dan dap menang majoriti dalam dewan undangan negeri (dun) kedah.

namun kerajaan kedah yang dipimpinnya tumbang dalam pilihan raya umum ke-13 (pru13) pada 5 mei lalu apabila bn berjaya menang dengan majoriti di dun kedah.

dua hari selepas itu, azizan dimasukkan ke hospital dan menjalankan pembedahan pada kakinya.

pada pru13, azizan menang di kerusi dun sungai limau menewaskan calon bn, mohd fazilah mohd ali dan dua calon bebas, sobri ahmad dan abdullah hashim.

sebelum menyertai politik sepenuh masa, azizan adalah pensyarah di universiti kebangsaan malaysia (ukm) dalam bidang perundangan islam dan beliau pernah menjadi pensyarah pelawat di sebuah universiti di filipina.

ketika masih bertugas dengan ukm, azizan pernah menjadi wakil pas dalam majlis perunding ekonomi negara (mapen) dan menghasilkan satu kertas dasar yang penting untuk badan perunding yang dibentuk kerajaan pada 1989 dan sejak itu nama beliau mula bersinar dalam pas.

azizan kemudiannya menyertai lembaga pengarah harakah, organisasi media pas dan seterusnya menjadi pengarah urusan harakah bagi menggantikan rakannya, dr sanusi daeng mariok yang menang pilihan raya umum 1990 di kerusi parlimen rantau panjang.

azizan melepaskan jawatan itu pada tahun 1995 apabila menjadi wakil rakyat selepas menyertai pilihan raya umum pada tahun itu dan menang.

azizan terus menjadi adun apabila menang lagi pada tahun 1999 dan juga 2004 dan seterusnya menang lagi pada pilihan raya umum 2008 sebelum dilantik menjadi menteri besar.



lagi video dan gambar selepas ini...

sumber dari berita Malaysia

Tuesday, September 24, 2013

Sungguh Nakal Dirimu Julia!!! : Artis Bengong




Baru-baru ni aku terbelek satu page "Google" ni,Belek punya belek terjelepok mataku pada satu gambar ni.Perasaan ku berbaur,kelakar pun ada,rasa bangang pun ada,rasa syok pun ada,kira macam2la aku rasa.haha.Ceritanya si Julia Perez ni mmgla bg aku mantop,sexi tapi kalau nak dikaji selidik betol2 perangai dia,agak-agak bangang pulak gua tgok.Tapi yela,kita ni manusia,biasalah,mcm2 perangai.Biar dia la kan kan kan.Tapi kan tak elok org tgok dilapisan masyarakat kita ni dan di negarajiran sebelah.Kang ada budak2 tengok tiru style dia kira agak nakal disituuuu...apapun aku bukan nk berkongsi tapi just nk tunjuk "kebangangan" si julia ni...haha.seronok2 je..lagipun xde entri aku nk update sgt buat masa ni...So bila korang tengok tanya pada akal dan buat cara elok cikit noo..masing2 ada otak..Ni gambar si nakal ni.



Nakal x?bangang x?Lu Pikirla Sendiri...


hye! its me.miley cyrus! who care?only god can judge me!!!



1992


2008









2010






2011




2012







Sumber : DailyPix.Me & YouTube

Sunday, September 22, 2013

Pengemis Silap Taktikal : The Power Of word


video






Salam..

Kisah ini ku hayati dari sebuah video yang memaparkan kisah si pengemis yang mengemis di jalanan.Bila aku tengok sampai habis ya! memang pengemis ni silap taktikal..The power of word menerangkan bahawa satu luahan berunsurkan perkataan mampu memberi kesan mendalam kepada manusia dan juga merangsang cara berfikir dan bertindak manusia.

Seharusnya kita akui yang manusia dijadikan dengan akala fikiran dan hati yang bersih pada asalnya,seharusnya juga kita tahu dengan segala kebaikan manusia mampu teransang dengan sesuatu yang membawa unsur kebaikan.

Alhamdulilah dengan segala yang Allah berikan...




Cubaan Bunuh Diri Di Balai Polis : Video dan Gambar





video


Salam...

Perkongsian kisahku bersambung dengan sipolan ni...Telatah si polan ni dirakam oleh lensaku ketika dalam cubaan membunuh diri, Tapi bg aku dia x berani pun just nk takotkan je..

Menariknya lokasi cubaan bunuh diri si polan ni memang "Strategik" iaitu di balai polis ..Maybe dia nak tarik perhatian si uniform.




Bangunan yang menjadi pilihanya berketinggian empat tingkat.Kata sumber maklumatku sipolan ni ada masalah kemurungan dan trauma.pasal apa aku tak tahu maybe pasal kucing kesayangan dia main kayu tiga kot..

Ahli keluarganya memberitahu si polan ni berperangai pelik dan berdiam diri seminggu sebelum dia cuba nak membunuh diri.

Wiranya yang selamatkan sipolan dari menempah lubang kubur adalah Ketua Polis Daerah tersebut.Sebagaimana tangungjawab sebagai ketua utama di balai,beliau harus menyelesaikan masalah sipolan ni.

Tapi cuba bayangkan kalau si polan ni nekad nak bunuh diri lalu terjun impactye banyak ..polis juga yang kena lepas tu.dahla kawasan bunuh diri area jajahan takluk polis..menjawabla brader uniform.

Setahu aku,wira polis ni berjaya memujuk lelaki itu dengan menggunakan dakwah agama dan akhirnya setelah hampir tiga jam berinteraksi sambil minum kopi gamaknya si polan ni pun akur.

Sebagai polis,bukan sahaja skill kepolisian tu yang diterapkan je dalam kerja diorang,tapi elemen seperti memujuk dan berbincang pun kena ada,yela selagi boleh berbincang kan elok dari berlaku perkara yang macam2.

Sipolan ni yang berusia 26 tahun disedari naik ke atas bumbung bangunan ipd pada pukul 5 petang setelah masuk untuk membuat satu laporan polis.

bagaimananpun sipolan ni keliru dengan laporan polis yang nak dibuatnya dan terus beredar serta tanpa disedari polis yang berkawal disitu beliau berjaya naik ke bumbung bangunan ipd.

Sipolan yang berasal dari johor nekad nak minum minyak pelincir dan mencampakkan empat tong gas kosong ke bawah yang diguanakan unutuk kerja kerja penghawa dingin bangunan itu.












Friday, September 13, 2013

Operasi Pondan : Macam-macam Ragam




video








Hari ni aku nk kongsikan satu entri terbaru aku.Sepanjang pengalaman ku bekerja sempat aku kumpulkan rakaman telatah "pondan" di merata tempat.Tapi jangan salah faham ,aku tak berminat.Tapi aku rasa ia perlu dikongsikan atau maybe korang rasa ia tidak perlu di share kan langsung..Pedulikan jelah.
Ini adalah salah satu koleksi Operasi aku dan lensa ku ikuti dalam mencegah "penularan pondan" di merata tempat.Harus diingat aku bukan bekerja sebagai pegawai agama.

Macam-macam ragam,telatah yang dapat ku lihat ketika aku mengikuti operasi Nyah ni...Aku tak langsung benci pada pondan tapi bagi kita umat islam ianya sememangnya dilarang bukan?

Aku kongsikan rakaman ini bukan semata-mata nk bg korang tengok je,gelak atau berfikiran negatif pada pondan.Tapi hanya untuk mendedahkan bahawa setiap malam diorg ni sentiasa gah di lorong lorong gelap.

Apa yang dibuat pun aku xtahu.Aku bertanya pada diorg ,alasannya mudah.hanya suka-suka.
Ada jugak jawapan nya untuk mencari duit..Selalunya "kumpulan" ni melakukan urus niaga seks luar tabii di merata tempat dan cuba menggoda lelaki "buta" dengan pelbagai cara.

Bayarannya tidak la mahal.dan services nya pula macam-macam.Tak perlulah aku huraikan apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh diorg ni,Tapi apa yang kita sedia tahu ianya salah.

Selepas operasi mereka ni dibawa ke pejabat agama,disoal siasat dengan pelbagai soalan serta disulami pelbagai nasihat.Aku sempat menyelongkar beg diorang ni n apa yang aku jumpa pelbagai alatan make up.

Apa pun aku sekadar berkongsi,kalau nk kutuk dipersilakan,tapi xpelah aku harap sebagai manusia kita janganlah benci sgt kat diorg ni.

Diorang ni ada masalah masing masing dan apa yang kita harapkan kita berdoa agar diorang ni akan mendapat petunjuk dari Allah.

Apa yang pasti kita manusia sentiasa bersifat lemah,melakukan kesalahan,namun kita sendiri yang perlu buat perubahan kan.