Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Friday, August 30, 2013

Tanah Ini Milik Kita, Bukan Kamu!!!



                                Selamat Menyambut Ulang Tahun                                                        Kemerdekaan ke56
                       Malaysia Ku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku






















Thursday, August 29, 2013

Latar Belakang Pendidikan: Kerajaan vs Pembangkang


Tun Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad
1. Sekolah Melayu Seberang Perak,Alor Setar,Kedah
2. Government English School (GES) kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid,Kedah
3. King Edward VII College of Medicine,Singapore
4. Mbbs University of Malaya,Singapore





Dato' Haji Fadzil Mohd Noor
1. Pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga,Alor Setar (1946-1949)
2. Pengajian menengah di Maktab Mahmud (1958)
3. Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam (Syariah) Universiti Al-Azhar,Mesir di bawah biasiswa kerajaan Negeri Kedah (1963-1967)





Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
2. Penang Methodist Boys School,Pulau Pinang.
3. Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya (1964)
4. Menulis sebuah Puisi 'Ku Cari Damai Abadi' dan mendapat sambuatan baik daripada sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia    













Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman
1. Sekolah Rendah Kebangsaan Stowell,Bukit Mertajam,Pulau Pinang
2. Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun (1960-1966)
3. Aktif dalam persatuan Bahasa Melayu sebagai pemidato
4. Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya (1967)










Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak
1. Pendidikan Rendah dan Menengah di Institusi St. John,Kuala Lumpur
2. Kolej Lelaki Malvern,Worchestershire,England
3. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada University       Nottingham,England (1974)










Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
1. Pendidikan awal agama,bahasa arab dan politik daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955
2. Sekolah Rendah Rusila,Terengganu (1961)
3. Sekolah Arab Agama,Marang selama 5 tahun
4. Pengajian Peringkat Sanawi di sekolah menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin,Kuala Terengganu.(1965-1968)
5. Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi di Universiti Islam Madinah (1969-1973)
6. Ijazah Sarjana Siasah Syariah (MA) Universiti Al-Azhar,Mesir (1974-1976)







Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
1. Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail 
2. Sekolah Tinggi Muar di Muar
3. melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971)








Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
1. Pendidikan awal dari ayahnya sendiri,Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar
2. Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat,Kelantan (1936)
3. Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian,Kelantan
4. Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas,Besut,Terengganu
5. Berkelulusan dalam bidang sarjana Perundangan Islam daripada University Al-Azhar,Mesir
6. Universiti Deoband,India (1952)
7. Universiti Lahore,Pakistan (1957)
8. Universiti Al-Azhar,Mesir dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab
9. Guru Agama yang aktif
10. Mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah,Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi,Kelantan.
11  Mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab,Urdu,Inggeris dan Tamil.




Datin Seri Rosmah binti Mansor
1. Sekolah menengah beliau di Kolej Tunku Kurshiah
2. Universiti Malaya dan Universiti Louisiana pada tahun (1974-1978)
3. Ijazah Sarjana Muda Sosiologi dan Antropologi dan ijazah Sarjana Sosiologi dan Lanjutan     Pertanian
Yang Berbahagia Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
1. Pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas,Alor Setar
2. Pengajian Kolej Tunku Kurshiah,Seremban
3. Melanjutkan pelajaran di Dublin,Ijazah dalam bidang Obstetrik dan Gineklogi
4. Anugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'
5. Seorang Pakar Oftalmologi di hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Malaya


Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak 
1. Sekolah Kebangsaan Sungai Limau
2. Maktab Mahmud (1959-1965)
3. Berkelulusan Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar,Mesir
4. Pengajian Undang-Undang Universiti Kent, Canterbury,United Kingdom
5. Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
6. Tenaga Pengajar Maktab Mahmud,Alor Setar
7. Pensyarah pelawat Mindanao State University,Filipina
8. Pensyarah Sambilan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) PADA TAHUN (1983-1984,1986-1995
9. Fasih berbahasa Melayu,Inggeris,Arab dan Filipina\
10. Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Associantion New Delhi,India (1980)
11. Pembentangan kertas kerja di 1st ASEAN Syariah Administration Conference Workshop,Manila (1983)



Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom
1. lulusan Universiti Malaya jurusan Syariah (1986)
2. Sarjana Pengurusan Ekonomi Islam dari Universiti Cordova dalam jurusan pengajian Islam
3. Menyambung pengajian di Virginia, Amerika Syarikat (2000)
4. Pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)













Khairi Jamaluddin
1. United World College of South East Asia,Singapura
2. Bidang Falsafah ,Politik dan Ekonomi (PPE) Universiti Oxford,United Kingdom 
3. Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik di Universiti College,London(1997-1998)
4. Felo di Pusat Pengajian Islam Oxford




Rafizi ramli
1. bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
3. Ketika di MCKK menerima Anugerah :
A. Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik keseluruhan                                           B. Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar terbaik SPM 1994(Fizik,Bahasa Melayu)           
C. Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992 Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992-1993           
D.Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 

4. Presiden, Badan Revolusi Agama; Presiden, Pancaragam Tentera Presiden, Persatuan Bahasa Melayu;Ketua Pengarang, The Malay College Magazine

5. dianugerahkan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dan daripada ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan.
6. Pengajian Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
7. Penerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996,Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.
8. Melanjutkan pelajaran di University of Leeds , England (1996 – 1999) dan menerima anugerah:
1. Anugerah Arthur Crabtree 1997
2. Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik 
3. Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) 
4. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik





Mohamed Azmin bin Ali
1. Pendidikan awal di Sekolah Gurney Road,Kuala Lumpur (1971 -1976)
2. Sekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979)
3. Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981)
4. University of Minnesota, Amerika Syarikat






Dato' Mukhriz Tun Mahathir 
1. MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa)1977
2. Menuntut di Sophia UniversityTokyo, Jepun dalam jurusan Pengurusan Perniagaan 
3. Boston University di Massachusetts, Amerika Syarikat dalam jurusan Sarjana Muda bidang Pemasaran








Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
1. Pendidikan Awal Madrasah Al- Islahiah Al-Wataniah Bohor Mali
2. Madrasah Al-Alawiyah Al-diniah dan Al-Kuliah Al-Islamiah,Kelang Selangor.
3. Sijil Tertinggi Kolej dengan cemerlang dengan mendapat biasiswa persekutuan di Kolej Islam Malaya(1962-1965)
4. Melanjutkan Pelajaran ke peringkat "Master Degree" Universiti Al-Azhar,Cairo (1966-1968)
5 .Dalam masa dua tahun berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana)Syariah Universiti Al-Azhar dan diploma Pendidikan dari 'Ain Shams,Universiti Cairo.
6. Guru agama di Kementerian Pelajaran
7. Bidang Doktor Falsafah dan memperolehi Ph.D Syariah dengan cemerlang Universiti Darul-Ulum Qahirah(1972-1974)
8.Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
9. UKM menganugerahkan pangkat "Profesor" (1986)
10. Guru Silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani
11. Pengamal ilmu perubatan islam


Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
1. SK. Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian(1973-1978)-Menerima anugerah Tokoh Murid
2. SM. Sains Johor, Kluang (Asrama Penuh)
3. Anugerah Pelajar Terbaik SRP & Pembahas Piala Perdana Menteri 1979-1983 
4. Rosehill College, Auckland New Zealand (1985)
5. Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik)Universiti Victoria, New Zealand (1986- 1988)
6. Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)-(UKM Bangi)Anugerah Emas Siswa Terbaik drpd 177 pelajar)





                                                                                                       Salahuddin Bin Ayub
1. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973)
2. Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976)
3. Sekolah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (1979 -1980)
4. Pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Khas pada 1977
5. Program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983)
6. Ijazah BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM).




Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi 
1. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai
2. Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang
3. Pengajiannya Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun (1975-1976)
4. kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication 
5. M.Sc jurusan Komunikasi Koprporat dari UPM
6. PhD dari Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa 'cuti rehat' selepas tahanan ISA 1998.
7. Editor tabloid 'Mahasiswa Negara' yang diterbitkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.




Dato ' Sri Mustapha Mohamed
1. Pendidikan awal Sekolah Inggeris Bachok (1957)
2. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (inggeris) Bachok (1963)
3. Maktab Sultan Ismail(Sultan Ismail College)Jalan Telipot,Kota Bharu (1969)
4. Pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Melbourne, Australia (1973)
5. Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi (1982) Boston University, Amerika Syarikat.
Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim
1. Sekolah Melayu Jeram pada 1956 (Special Malay Class)
2. Sekolah Inggeris Kampung Kuantan
3. Ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya
4. Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia(1975)






Nurul Izzah binti Anwar
1. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
2. Pendidikan menengah, Nurul Izzah Sekolah Menengah Sri Hartamas dan Sekolah   Menengah Assunta, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.
3. Menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak
4. Berpindah ke Universiti Tenaga Nasional di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya (2004)
5. Pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa (2007)







Mohamad Sabu
1. Sekolah di Pulau Pinang
2. Menyambung pelajaran jurusan pemakanan di (ITM)


















Dato' Hj Husam Hj Musa
1. Sekolah Rendah Kota,Kota Bharu (1965-1971)
2. Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975)
3. Maktab Sultan Ismail (1976-1979)
4. Bachelor of Economics (BEc), University of Malaya, Kuala Lumpur (1980-1983)
5. kursus Bahasa Arab di Jordan (1987)




Nasharuddin Mat Isa

1. Sekolah misi - Sekolah Menengah Kebangsan St Gabriel , Kampung Pandan , Kuala     Lumpur.

2. Belajar 3 semester di UITM dalam jurusan Grafik dan Senireka
3. Pengajian Islam di Kolej Darul Ulum di Lucknow, India
4. Pengajian Islam di Kolej Darul Ulum di Lucknow, India.
5. Undang-undang Syariah di Fakulti Syariah selama 5 tahun
6. Pembantu pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak
7. Belajar selama dua tahun di Universiti Glasgow, Scotland
8. 1993 kembali ke UIAM dan menyiapkan Sarjana Undang-Undang Perbandingan
9. Pensyarah undang-undang di (UIAM) 1997
10. Pensyarah undang-undang di UKM, Bangi





(Sumber dari Wikipedia,Laman web rasmi pemimpin berkaitan,Jurnal,Temubual Rasmi,Website Parti)
kesilapan harap dimaafkan....

CIKGU "BODOH"


Cikgu "Bodoh"



Cikgu:Siapa bodoh berdiri sekarang !
Ali:*bangun*
Cikgu:Kamu mengaku ya ?
Ali: Tak lah , saye cume kesian tengok cikgu berdiri sorang-sorang...

(Sekadar Berhibur)

Sunday, August 25, 2013

Perkahwinan Unik di Malaysia


Perkahwinan Unik di Malaysia



(Kahwin Banjir)

video

Di kedah sudah menjadi lumrah alam banjir melanda 5 tahun sekali,namun banjir bukan penghalang bagi pasangan Ng Chang Chuan dan isterinya Lim Kim Lee bagi meneruskan perkahwinan.

Lokasinya di Pendang,Kedah ..Aku dan lensaku berkesempatan hadir ke majlis tersebut..

 Uniknya ,pasangan iini bukan sahaja berkahwin dalam  suasana banjir tetapi diarak menggunkan forklift sejauh  100 meter untuk ke rumah pengantin.

 banjir sedalam kira-kira 0.5 meter dan akhirnya  sempurna juga perkahwinan mereka dengan kehadiran  ramai sahabat dan saudara mara walaupun dalam  keadaan banjir.


(Kahwin Kuda)


video

"Kenal sejak di kelas tadika,bersekolah yang sama kemudian masing-masing bertugas di pahang".

Lokasinya di Alor Janggus Kedah.

Menariknya pasangan Mohd Asri Radzali dan Norhasnah Sobri diarak menaiki pedati kuda bagi meraikan perkahwinan mereka.


(Kahwin Beca & Basikal Fixie)

video


 Lokasi di Kampung Kantan Sungai Mati Langgar  Kedah.

 Pasangan ini menjadikan beca sebagai kenderaan  perarakan.

 Tak cukup dengan beca ,pasangan ini turut diiringi  sekumpulan anak muda berbasikal fixie dan paluan  gendang silat.


(Kahwin Kobota)

video
Seorang jejaka orang kurang upaya (oku) menamatkan zaman bujang dengan penuh makna.

Pasangan Mohd Zamri Sopii mengawini wanita pilihannya Siti Fatimah Hashim.

Uniknya pasangan tersebut diarak menaiki kobota sejauh kira-kira 500 meter ke rumah pengantin.

Untuk pengetahuan korang Kobota ni sebuah jentera penuai padi.


(Kahwin Rakit)

video

Impian seorang ahli perniagaan untuk mengembalikan  nostalgia zaman kanak kanak akhirnya menjadi  kenyataan apabila majlis perkahwinan mereka di  sambut menggunakan rakit untuk menyusuri Sungai  Nami ,Sik Kedah.

 Pasangan Mohd Redzuan Md Salleh dan Sharifah  Norhafizoh Syed Ahmad Al Sagoff menyifatkan detik  tersebut pengalaman indah dalam hidupnya

 Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Jungle  Resort,Tanjung Piring Sik Kedah.

(Paparan video adalah rakaman ori dari lensa Selebet ku,Selamat menonton..huhuhu..)



Saturday, August 24, 2013

Lensa Selebet: Kejadian Suspen di Majlis Timbalan Perdana Menteri...

Lensa Selebet: Kejadian Suspen di Majlis Timbalan Perdana Menteri...: Kejadian Suspen di Majlis Timbalan Perdana Menteri Salam Damai... Hari ini aku dan Lensa Selebetku bertugas di sebuah majlis sam...

Kejadian Suspen di Majlis Timbalan Perdana Menteri


Kejadian Suspen di Majlis Timbalan Perdana Menteri


video

Salam Damai...

Hari ini aku dan Lensa Selebetku bertugas di sebuah majlis sambutan Hari Koperasi Negara yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato Haji muhyiddin yassin..

Yang ingin ku ceritakan ,kejadian yang berlaku sebaik sahaja selesai ucapan daripada YB Dato Hassan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan).

Dari mula Lensaku ter"Fokus" pada gelagat seorang pakcik tua yang berada di hadapan pentas..Ketika Dato Hassan Malek berucap,pakcik tersebut gah berdiri di tengah panas hanya untuk memerhati dengan lebih dekat Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mungkin pakcik tua itu salah seorang peminat Tan Sri, aku dan rakan jurugambar ku yang berada di hadapan pentas hilang tumpuan dek gelagat pakcik "Otai" itu..Anggapanku dan rakan jurugambar ku pasti pakcik tua tersebut akan naik ke pentas selepas Dato Hassan Malek selesai berucap.

Tanggapanku benar,selesai sahaja Menteri tesebut berucap ,pakcik tua tersebut melangkah sumbang ke atas pentas dan serta merta dihalang oleh bodyguard Tan Sri..Tapi pakcik tersebut bukan calang-calang,beliau berkeras untuk meneruskan hajat beliau untuk bersalaman dengan Tan Sri Muhyiddin.

Apa yang aku ralatkan disini,mengenai tahap keselamatan yang longgar di sekitar kawasan pentas.Lensaku turut merakam gelagat polis yang seolah olah tidak bertindak awal .Padahal pakcik tersebut sudah lama berdiri dihadapan pentas.

Malah yang lebih aku risaukan, pelbagai kemungkinan mungkin berlaku,bukan aku cuba bersikap negatif,tetapi apa salahnya kita pikirkan negatif sekali sekala.

Menurut penglihatanku,Pakcik tersebut turut menjinjing beg,persoalannya barang apakah yang dibawa di dalam beg?senjata?atau hanya barang biasa..

Bukankah polis itu dilatih unutk menghadapi atau mencegah pelbagai kemungkinan?

Kesimpulannya ,kejadian tersebut mungkin berakhir dengan tragis atau hanya berlaku begitu sahaja..

Apa pun kredit kepada Tan Sri ,seharusnya sifat seorang pemimpin itu merendah diri,beliau lantas bangun dari tempat duduknya untuk menyambut salam pakcik Otai tersebut.

"Kelakarnya ,pakcik itu seolah-olah naik kepentas untuk berucap..perhati dan dengar visual dari Lensa Selebetku rakamkan"....


Alhamdulilah tiada apa yang berlaku....Amin..

Thursday, August 22, 2013

Doa Untuk Melupakan Pacar

DOA UNTUK MELUPAKAN PASANGAN





Hanya berkongsi karenah manusia......

Lensa Selebet tertawa dikala membaca satu artikel ...

Seorang pemuda menelefon Syeikh Muhammad Al Arifi ketika siaran lansung di kaca televisyen:

Pemuda : "Wahai Syeikh ,saya sudah bertaubat ..Alhamdulilah .Tapi saya belum bersedia melupakan pasangan saya".

Syeikh:" Berdoalah dengan satu doa kepada Allah agar kamu bisa melupakannya..

Pemuda : Kalau begitu ajarilah saya sebuah doa wahai Syeikh...

Syeikh: Bacalah doa (Ya Allah ,jadikanlah IMAN dihatiku, IMAN di pendengaranku, IMAN ada di pandangan mataku dan IMAN selalu menyertai jalanku).

Serta merta pemuda itu menyela : Wahai Syeikh ,IMAN adalah nama pasanganku!!

Ketika itu Syeikh tak mampu menahan ketawa sehingga terlalu lama tertawa,hingga siaran tv tersebut terpaksa dihentikan sementara..

Sumber : Abu Umar Abdillah

Wednesday, August 21, 2013

Koleksi Video Artis Bercanda

Koleksi Video Artis Berkahwin
(Rakaman ori dari Lensa Selebetku)

                                             
                                          Farid Kamil & Diana Danielle
                                               
video
                                       
                                            Tanggal 12 Disember2012

Selebriti terkenal Farid Kamil dan Diana Danielle Beeson menjadikan tarikh ini detik manis bg mereka.

Mereka antara pasangan negara ini yang memilih tarikh bertuah 12.12.12 dengan mengadakan majlis perkahwinan yang berlangsung di Darulaman Park,Bandar Darul Aman di Jitra Kedah.  

                                          Zaquan Adha & Ayu Raudhah


video

                                     
Penantian kami selama ini telah berakhir apabila kami sah menjadi suami isteri hari ini...

Itu luahan pemain bola sepak kebangsaan Mohd Zaquan Adha Abd Razak selepas bergelar suami kepada pelakon popular Ayu Raudhah Che Wan.

Zaquan dan Ayu diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah.

Zaquan tidak mengambil masa yang lama apabila hanya sekali lafaz beliau sah bergelar suami.

   
                               Khallif Saddiq & Shahriza Mahmud




video
                                               

                                       "Usia bukan penghalang"

Detik bahagia bagi penolong pengarah drama Mohd Khalif Saddiq Mohd Raffali bersama pasangannya yang juga pelakon drama Shahriza Mahmud mendirikan rumahtangga.


Misteri Madu Lebah Kelulut






Misteri Madu Lebah Kelulut
Salam ukhwah....

Kesempatan ini aku ingin bercerita mengenai lebah..Sebelum tu aku nak jelaskan serba sedikit mengenai lebah untuk membantu kefahaman pembaca.

Lebah adalah agen serangga yang sering dikaitkan dengan Proses Pendebungaan..Tapi ingin aku coretkan disini ialah mengenai satu spesis lebah ni haaa..

Lebah Kelulut mempunyai keistimewaan tersendiri namun ianya jarang sekali kita dengar.

Kelulut adalah sejenis lebah tempatan yang menghasilkan madu sama seperti spesis lebah madu yang kita kenal.

Menariknya,lebah kelulut tidak menyengat dan mudah diuruskan.Dari madu hinggalah propolis mempunyai khasiat antioksida yang tinggi.

Aku berkesempatan melihat cara pemprosesan malah lensa selebetku sangat teruja merakam cara penghasilannya dilakukan.

Ianya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu di dalam kantung kantung kecil yang dibuat lebah kelulut.

Aku akui rasanya agak masam berbanding madu biasa,tetapi khasiatnya tiga kali ganda dari madu biasa.

Khasiat propolis mengandungi kesemua 16 jenis asid amino ,glukosa ,vitamin ABCD &E,bioflavanoid dan pelbagai mineral

Bioflavanoid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan manakala madu mengandungi NPK dan mineral yang tinggi.

Khasiat Madu Kelulut :

1.Penat ,Lelah
2.Radang Paru-Paru,Sakit Perut
3.Sembelit,Kanser,Cirit Birit
4.Buasir,Antibiotik,Kencing Manis
5.Jantung,gaut,Darah Tinggi
6.Sakit Pinggang,Memulihkan Tenaga
7.Menghaluskan Kulit

video

Jika berminat sila hubungi Agen:Ustaz Fadil/Maskina (0174672170/0125947631)