Salam..
Harapnya korang baik saja diluar sana...Kali ni aku nak berkongsi satu entri pelancongan.
Ini kisah percutian di daerah paling selatan di Thailand.Koh Li Pe memang aku akui kurang dikenali jika dibandingkan dengan pulau-pulai impian korang seperti phuket dan Koh Samui.
Baiklah!Aku mulakan kisah
Kedudukan Koh Li Pe yang berhampiran dengan langkawi mengambil kira kira sejam perjalanan dengan bot laju..tidoq jap lepas tu bukak mata sampaiiiii...
Sebelum jejak kaki ,aku Google dulu Koh li Pe ni
Koh Lipe, yang juga dikenali sebagai "Pulau Lipeh" terletak di Laut Andaman dan berada dalam Wilayah Satun, antara wilayah yang damai di Selatan Thailand yang seringkali bergolak.
Selain melalui Langkawi pengunjung juga boleh ke Koh Lipe menggunakan bot laju dari Pak Bara di tanah besar Wilayah Satun, membabitkan perjalanan kira-kira satu jam 40 minit.
Kunjungan aku ke Koh Lipe, mendapati pulau itu mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya tumpuan pelancong asing terutama ketika musim sejuk di negara-negara empat musim.
3 Perkara menarik bagi aku:
TIDAK ADA JETI
Apa yang menarik walaupun banyak bot yang keluar masuk ke pulau ini, pengunjung tidak akan dapat melihat sebarang jeti di Koh Lipe.
Sebaliknya bot-bot ini akan berlabuh di tepi pantai dan pengunjung terpaksa mengharungi air laut, kira-kira paras lutut, sebaik tiba di pulau itu.Owesome!
Sempat aku lihat barangan kargo turut dibawa menggunakan kaedah yang serupa.
Pada mulanya aku merasakan ia menyusahkan pelancong tetapi bila difikirkan semula, pengalaman sebeginilah yang dikehendaki oleh para pengunjung yang mahukan sesuatu yang semulajadi.Real!
Ini mungkin boleh dipelajari oleh pengusaha pelancongan di Malaysia yang sering menjadikan ketiadaan jeti atau jeti tidak cukup sempurna sebagai punca kegagalan menggamit pelancong asing.Wrong!
AKTIVITI PELANCONG DI KOH LIPE
Koh Lipe mempunyai tiga pantai utama yang bersih iaitu "Sunset Beach", "Sunrise Beach" dan "Pattaya Beach".
Selain keindahan pantainya, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkeling, 'island hopping' dan memancing dengan mereka dibawa menaiki bot tradisional yang dibuat daripada papan.Klasik!
Untuk melakukan aktiviti itu tidak sukar kerana banyak resort dan syarikat yang menyediakan kemudahan bot dan menyewa peralatan yang diperlukan dengan harga yang berpatutan.
Koh Lipe ni pulau kecil, tak mustahilah untuk mengelilingi seluruh pulau itu dalam tempoh satu jam dengan berjalan kaki.
Aku sertakan rakaman Lensaku untuk penilaian korang!
TIADA MASALAH MAKANAN HALAL
Pengunjung beragama Islam yang datang ke Koh Lipe tidak akan menghadapi masalah mendapatkan makanan halal.
Ini kerana resort-resort di sini menyediakan makanan halal apatah lagi Koh Lipe berada dalam wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Terdapat juga gerai-gerai makan yang diusahakan oleh orang Islam di luar kawasan resort.
Malah ada gerai yang menjual roti canai, roti telor dan roti pisang yang diubahsuai sedikit daripada apa yang ada di Malaysia.
Ramai juga pengusaha pelancongan di pulau ini adalah rakyat Thai yang beragama Islam dan mempunyai ramai saudara mara di Malaysia terutama di Langkawi.
So,review ni boleh jadikan panduan untuk korang sekiranya berminat nak berkunjung ke Koh Li Pe.
Tak lupa juga,sekiranya korang di luar sana memang suka di"urut" ,Koh Li Pe memang banyak services tu...
Assalam......berape bajet yek?...
ReplyDelete