
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan bahawa sentimen anti-Malaysia di China tidak wujud, meskipun terdapat dakwaan bahawa media Malaysia tidak mendapat layanan yang baik di negara itu.
Hishammuddin turut menegaskan sebahagian besar daripada ahli keluarga penumpang,sentimen anti Malaysia tidak wujud malah mereka bukan sahaja menghargai tetapi mengharapkan Malaysia teruskan SAR (Pencarian dan menyelamat).
Malaysia pada Khamis lalu, telah menghantar satu pasukan peringkat tertinggi ke Beijing untuk memberi taklimat serta perkembangan mengenai situasi MH370 kepada keluarga penumpang...