Rumah Tepi Sawah
Salam ukhwah pada pembaca..kali ni aku ingin meluahkan sesuatu yang bersarang dalam lensa selebetku.
Ceritanya begini,petang yang redup hari ni membawaku ke satu tempat di kawasan sawah padi sekitar daerah jajahan Alor setar.Dalam beberapa langkah sepatu ku,aku terhenti di satu kawasan sawah padi menghijau indah.
Kebetulan lensaku terlihat sebuah pondok usang di tengah sawah padi membuatku tertanya struktur apakah yang terbina di tengah-tengah sawah padi.
Berbekalkan lensa selebetku aku berjalan menuju ke struktur itu,setibanya sampai aku tergamam,terkejut sebab apa yang ku lihat seorang lelaki sedang duduk termenung berteduhkan struktur yang dibina menggunakan peralatan niaga seperti khemah dan van untuk diajdikan tempat beliau berteduh dari panas dan hujan.
Malah, untuk menguatkan tempat teduhan batang buluh dijadikan tiang dan plastik kanvas dijadikan bumbung manakala ruang dalam van dijadikan tempat tidur beliau pada sebelah malam.
Lensa ku kaku,aku tersedu melihat cara kehidupan "Shuib" (nama brader tu) .Kata Shuib setiap kali hujan, payung khemah yang dijadikan bumbung rumah sentiasa bocor lalu membasahi ruang tidurnya.
Perbualan ku dengan abg Shuib membuka cerita kesedihannya,bertuah sungguh lensa ku kerana Shuib memberi keizinan merakam gambar nya dan tempat teduhannya.
Shuib mula bercerita,katanya sudah jatuh ditimpa tangga,kini beliau disahkan menghidap penyakit saraf dibahagian tangan kanan yang menyebabkan dia tidak mampu mengangkat benda berat serta penyakit kencing manis yang dihidapinya menyebabkan badan semakin kurus.
Sedang berbual,aku terpandang pokok sayuran dan pokok tebu di sekitar "rumah" plastik miliknya dan tanpa perlu ditanya shuib menerangkan itulah sumber pendapatan dan makanan hariannya.
Aku jadi pelik,marah sebab dalam dunia serba moden ni ada yang masih belum memiliki tempat berteduh yang normal ,aku tahu masih ramai diluar sana tiada tempat berteduh ,tidur di jalanan,mencari makanan dari sisa makanan.
Mana hilangnya pemimpin yang sentiasa retorik untuk membantu rakyat sedangkan masih ramai yang menjalani kehidupan yang serba daif.Rumah tu perkara asas ,tempat kita berteduh!!!.
Setelah bersalaman dengan shuib aku beredar ,dalam hati aku berharap ada manusia yang berkemampuan membantu beliau...
Aku sertakan rakaman lensa selebetku kepada korang dan nilai nya dengan akal fikiran manusia yang normal.aminnn....kalau korang simpati ni alamatnya (Kampung Telok Bulang,Mukim Tebangau Alor Setar kedah)..No Tel Shuib: 0175452444
0 comments:
Post a Comment