Salam....
Sekian lama menyepi,tangan mula menggedik,
Ringkasnya,semalam aku ditugaskan untuk menyibukkan diri di Majlis perasmian Langkawi Naturally Magikal yang kini sedang berlangsung.Walau sedang bertugas aku turut menikmati keriuhannya.
Semalam Menteri Besar Kedah ,Dato Mukhriz hadir untuk melengkapi dunia magic Langkawi.
Sekarang kan musim cuti sekolah,bolehlah korang pergi bercuti,apa salahnya gerakkan kaki ,pimpin tangan sikecil untuk sedikit keriangan di cuti sekolah.Ini serba sedikit maklumatnya.
Acara ini berlangsung selama 18 hari di pantai lagenda, kuah, langkawi yang bermula semalam.
Acara itu dipenuhi dengan persembahan bunga api,laser, pancutan air berwarna, ski akrobatik setiap hari di samping perarakan magikal oleh 40 artis tempatan dan antarabangsa seperti itali, amerika syarikat,indonesia, singapura dan malaysia.
Disamping itu disediakan permaianan ala taman tema dan belon udara serta sajian makanan tempatan dan antarabangsa untuk pengunjung-pengunjung merasainya.
0 comments:
Post a Comment