Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Monday, December 2, 2013

3 Beradik Selamat Dikebumikan,BF Mangsa Ditahan: Kes Bunuh Di Kedah






jenazah dua lagi mangsa adik beradik yang mati lemas dipercayai dibunuh di kampung alor semila, alor setar, kedah dikebumikan dalam satu liang,

 jenazah nur izzati husna rusdi,12, dan adiknya puteri nurul akma rusdi,3, terdahulu disembahyangkan dan diimamkan syekh ku muhammad ku ariffin di masjid assalam kampung alor semila sebaik selesai bedah siasat daripada hospital sultanah bahiyah (hsb), alor setar.

jenazah disemadikan dalam satu liang tepat jam 4.30 petang tadi bersebelahan pusara kakak sulung mereka allahyarham nor syafikah nadia rusdi,14 yang selamat dikebumikan semalam.

Sementara itu,teman lelaki mangsa kes bunuh melibatkan 3 beradik telah ditahan.



susulan kejadian 3 beradik ditemui mati di dua kawasan berasingan di kampung alor semela, alor setar, kedah pihak polis kini telah menahan seorang suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian ini.

perkara itu disahkan ketua polis daerah kota setar, acp adzaman mohd jan, dimana pihaknya kini akan menyoal siasat remaja berusia 16 tahun itu.



tambah adzaman, remaja lelaki terbabit yang berasal dari perlis berjaya ditahan dirumahnya kira-kira jam 11 malam tadi dan polis juga telah mendapatkan tempoh tahan reman terhadap remaja terbabit bermula hari ini sehingga khamis depan bagi membantu siasatan.

walaubagaimanapun pihak polis turut mengambil keterangan daripada seluruh ahli keluarga mangsa termasuk teman rapat ketiga-tiga mangsa.

katanya lagi polis kini sedang menunggu laporan dari jabatan kimia bagi mengenalpasti sekiranya terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dadah dalam badan ketiga-tiga mangsa.

hasil bedah siasat ketiga-tiga suspek didapati mati akibat lemas namun polis tetap akan menjalankan siasatan atas punca dan sebab-sebab mangsa lemas.

kes disiasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.






1 comments: