
Bagi nelayan kuala kedah menjala sotong cukup popular di kalangan mereka terutama di musim angin timur.
Bulan mac hingga julai ialah musim paling sesuai untuk menangkap sotong dan dalam tempoh itu setiap kali bulan terang bermula 10 haribulan hingga 25 haribulan berdasarkan kalender islam sotong akan mula berkumpul.
Setiap bot nelayan dibekalkan dengan genarator bagi menjana lampu spotlight dengan tujuan menarik perhatian sotong kerana sotong akan berkumpul dan bermain di sekitar kawasan bot disebabkan tertarik dengan cahaya lampu yang dipasang.

Kata abg Abas pulak, dia pernah meraih pendapatan sehingga rm600 bagi sekali turun kelaut menjala sotong dan kawasan menjala ialah sekitar empat hingga enam batu nautika daripada pantai kerana perairan di situ merupakan lubuk sotong.
0 comments:
Post a Comment