Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Tuesday, November 5, 2013

Bestnya Menjala Sotong








Kebiasaannya, sotong sinonim dengan mencandat, bukan menjala.Ini yang aku nak kongsi kat korang selepas semalaman ikut brader2 nelayan turun ke laut dan bagi aku ini pengalaman manis

Bagi nelayan kuala kedah menjala sotong cukup popular di kalangan mereka terutama di musim angin timur.


Bulan mac hingga julai ialah musim paling sesuai untuk menangkap sotong dan dalam tempoh itu setiap kali bulan terang bermula 10 haribulan hingga 25 haribulan berdasarkan kalender islam sotong akan mula berkumpul.

Setiap bot nelayan dibekalkan dengan genarator bagi menjana lampu spotlight dengan tujuan menarik perhatian sotong kerana sotong akan berkumpul dan bermain di sekitar kawasan bot disebabkan tertarik dengan cahaya lampu yang dipasang.

Kata abg zahari razak setiap kali turun ke laut bermula pukul tujuh malam hingga ke tujuh pagi, beliau mampu menjala sebanyak 40 hingga 60 kilogram sotong.

Kata abg Abas pulak, dia pernah meraih pendapatan sehingga rm600 bagi sekali turun kelaut menjala sotong dan kawasan menjala ialah sekitar empat hingga enam batu nautika daripada pantai kerana perairan di situ merupakan lubuk sotong.


0 comments:

Post a Comment