
empat pelajar calon peperiksaan penilaian menengah rendah (pmr) yang merupakan mangsa keracunan makanan di majlis kenduri di sungai petani, sabtu lepas, terpaksa menduduki peperiksaan pmr di hospital yan, kedah.

mereka adalah antara 462,940 calon menduduki peperiksaan pmr terakhir, di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara.
pelajar itu ialah nursyakirah dahalin, mohamad faridzuan jamaluddin, nurul asyikin mahamad nor dan mohamad amirul isha, masing-masing berusia 15 tahun dari sekolah menengah kebangsaan sri badong, yan.

setakat ini, empat orang maut, selepas menghadiri majlis kenduri perkahwinan itu dan 408 orang telahpun menerima rawatan di hospital termasuk 38 mangsa lagi dimasukkan ke wad hospital sultan abdul halim, sungai petani.

sementara itu, bagi pelajar-pelajar terbabit, walaupun mereka masih merasai sakit perut, namun mereka akan cuba membuat yang terbaik bagi menjawab kertas peperiksaan pmr walaupun keadaan kesihatan mereka agak kurang memuaskan.
0 comments:
Post a Comment