_

_

Tuesday, October 29, 2013

Air Nira Redakan Kehangatan berkempen Di PRK Sungai Limau Kedah

  Salam...Dalam kesibukan limpahan manusia berpolitik di bumi Sungai Limau ,Yan Kedah, Para peniaga Air Nira awal-awal lagi merangka strategi,melaksana misi dengan hanya satu tujuan untuk memastikan jualan air nira mereka terjual dengan lumayannya..Hasilnya Air Nira kini menjadi tumpuan pengunjung di Sungai Limau bagi meredakan penat lelah berkempen,dan mencari rumuan terbik untuk meredakan kepanasan hati mereka mendengar ceramah-ceramah panas kedua-dua belah parti yang bertanding...Aku berkesempatan melihat suasana ini dan sedikit cerita aku coretkan di sini... air nira nipah antara minuman tradisi yang agak popular di...

Wednesday, October 23, 2013

Ayuh Renovate..Renew Hati Kita..

Jom same2 bersihkan hati kita dari penyakit-penyakit hati seperti iri hati, dendam, dengki dan seumpamanya Dalam islam ada 4 jenis kategori hati : 1.Hati  Hidup dan Sempurna atau selamat Sejahtera – ialah hati yang tenang diselaputi dengan iman dan dipenuhi dengan cahaya.Yakin dan Ikhlas serta dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT. Mencintai apa sahaja yang Allah Cintai serta Redha kepada Allah SWT. 2.Hati Mati- ialah hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan bersifat ganas, seperti rumah yang ditinggalkan dan didiami oleh syaitan, Dipenuhi dengan  sifat munafiq, kafir dan maksiat. hatinya adalah seperti hati orang kafir. 3.Hati...

Tuesday, October 22, 2013

Artis Dibayar 6 Juta hanya Untuk Satu Lagu

Satu material boleh menceritakan segalanya hanya dalam sebuah Iklan.Ini yang dimanipulasikan dalam iklan Mcdonald yang terkenal dulu. Lagu "Im Lovin It" daripada iklan Mcdonald adalah nyanyian bekas penyanyi kumpulan Nsync Justin Timberlake yang kini bergerak sebagai penyanyi solo. Justin Timberlake dikatakan telah dibayar sebanyak AS$6 Juta hanya untuk lagu tersebut.Semestinya aspek komersial yang ada dalam artis ini sangat berguna.Untungla ko justin... ...

Segalanya Indah:Cintaku Hanya Seminggu

Berlatarbelakangkan keindahan nan hijau bendang di kedah tercetusnya cinta Dia.Katanya cinta nya hanya seminggu,seminggu itu menceritakan detik manis percintaan nya,happy,ohsem,magical dan macam macam lagi.Cinta yang tidak pernah diduga oleh sang dia namun hanya sementara. Bagai ribut tanpa angin,dia tersedar,lalu dengan sebilah parang dia berjalan melintasi ceruk damai bendang padi dengan nekad mahu membunuh diri.Oooopsss akhirnya sang Heroin muncul dengan segala kudrat menumbuk,menampaq si sang pencinta...dan... Lahirlah sebuah epik cinta Made in Kedah...saksikan  ...

Monday, October 21, 2013

Wasiat Rasulullah mengenai Sifat Gila

Hadist Tentang Rawatan Gila "Sewaktu kami bersama Rasulullah saw seorang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata;”Ya Rasulullah saw saya ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda saw telah bertanya; ”penyakit apa?” jawab nya;”sejenis gila,” Rasulullah saw menyuruh orang itu membawa saudara nya. Kemudian Baginda Rasulullah saw telah membaca surah-surah dan ayat di bawah ini juga dikenali sebagai ayat Manzil: Bacaan 1:AlFatihah Bacaan 2: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 1-5. Bacaan 3: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 163. Bacaan 4: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 255-257. Bacaan 5: Surah Al-Baqarah (Surah 2) ayat 284-286 Bacaan...

Gila dan Manusia :Jenis-Jenis Gila Yang Berbahaya

Aku nak share satu fakta yang dah sememangnya ada dalam sifat manusia.Saje berkongsi mengenai sifat manusia yang ada pada zaman sekarang.Gila sangat subjektif...banyak pengertiannya.Dalam Al-Quran dan Hadis pun ada yang membangkitkan mengenai sifat-sifat manusia seperti ni...Apa yang perlu kita fikirkan bagaimana kita berhadapan dengan sifat manusia seperti ni..Sabar adalah lawannya dan kita harus kembali pada jalan Allah. "Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka,...

Sunday, October 20, 2013

Madu Kelulut Banyak Khasiat

Lebah adalah agen serangga yang sering dikaitkan dengan Proses Pendebungaan..Tapi ingin aku coretkan disini ialah mengenai satu spesis lebah ni haaa.. Lebah Kelulut mempunyai keistimewaan tersendiri namun ianya jarang sekali kita dengar. kini ia menjadi idaman semua orang untuk merasai khasiat madu kelulut walaupun rasanya agak masam manis dan bersifat larut air. Kelulut adalah sejenis lebah tempatan yang menghasilkan madu sama seperti spesis lebah madu yang kita kenal. Menariknya,lebah kelulut tidak menyengat dan mudah diuruskan.Dari madu hinggalah propolis mempunyai khasiat antioksida yang tinggi. Aku berkesempatan melihat...

Sunday, October 13, 2013

Homestay Kucing:Tempat Berkumpulnya Geng2 Kucing

Baru-baru ni aku saje jalan-jalan nak manjakan kaki di waktu petang ,jalan punya jalan lensa aku ni ha menjerit lak sebab dia terpandang ada sebuah homestay (tengok homestay pun nak menjerit). So aku pun ikutlah mata lensaku ni ,ternampaklah aku sebuah homestay yang kucing kucing sahaja mampu membayar sewa homestay yang mahal tu hahaha..(gurau jer) aku pun dengan excitednya masuklah homestay tu dan apa yang aku dapat adalah INI!. homestay ni milik ahmad kenedi che noh yang menempatkan hampir tiga puluh ke lima puluh ekor kucing dalam satu masa. idea untuk mewujudkan homestay kucing ini bermula sejak 2006 oleh kerana...

Tulisan Khat: Seni Islam Teragung

Salam..Aku kongsikan entri lensaku kali ni mengenai tulisan khat.Ia sememangnya satu warisan islam yang sangat agung bagi aku.Aku dan lensaku berkesempatan hadir dalam bengkel tulisan khat yang dianjurkan oleh salah sebuah NGO di Kedah. Sangat menarik,teruja dan aku kagum,tak ramai orang sekarang ni yang ada kebolehan dalam tulisan khat ini dan bagi aku kalau korang nak belajar memamg tak susah pun,korang hanya perlu tumpuan ,sedikit seni dalam tangan  korang dan hasilnya akan terbukti. Satu perkara yang baik kalau kita orang islam ada kemahiran ni ,sebabnya selain kita ada kemahiran lain pastinya kita dapat menghayati...

Friday, October 11, 2013

Manusia,Robot dan Dot Dot Dot....

Ini nak ku kongsi pada korang kali ni..Bola sepak Robot.. Robot bermain bola sepak mungkin agak baru di Malaysia Tapi yang ini lahir dari inovasi student-student Politeknik Malaysia. Permainan ini menggunakan skill pengaturcaraan tanpa alat kawalan jauh kini telah pun dipertandingkan di malaysia di pelbagai kejohanan. Bagaimanapun permainan ni masih baru di Malaysia dan belum dikomersialkan sehingga setaraf dengan permianan teknologi yang lain. Walau permainan ni agak praktikal namun seronok jugak berhibur bersama dengan "Teknologi". Bagi aku permainan macam ni mampu memberi platform yang sesuai kepada si pemainnya berfikir secara...

Saturday, October 5, 2013

Nak Cari Bini

Isteri adalah pelengkap hidup bagi seorang lelaki,Isteri yang baik dalam islam adalah isteri yang menjaga kehormatan diri dengan menjaga maruahnya dan kelakuannya,isteri yang baik juga adalah isteri yang menjaga kehormatan suaminya,selain dari menjaga makan minumnya,nafkah zahir batinnya,bila suami sepi isteri yang menghiburkan,bila suami sakit isteri jugalah penawarnya. Suami itu ketua keluarga, lelaki bernama suami harus menjaga keluarganya ,menjaga maruah isterinya,memperbetulkan isterinya sekiranya salah. itu yang aku paham serba sedikit.Terbaca aku satu artikel di facebook mengenai satu isu yang heboh sekarang dan secara sinis...