Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Saturday, August 24, 2013

Kejadian Suspen di Majlis Timbalan Perdana Menteri


Kejadian Suspen di Majlis Timbalan Perdana Menteri



Salam Damai...

Hari ini aku dan Lensa Selebetku bertugas di sebuah majlis sambutan Hari Koperasi Negara yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato Haji muhyiddin yassin..

Yang ingin ku ceritakan ,kejadian yang berlaku sebaik sahaja selesai ucapan daripada YB Dato Hassan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan).

Dari mula Lensaku ter"Fokus" pada gelagat seorang pakcik tua yang berada di hadapan pentas..Ketika Dato Hassan Malek berucap,pakcik tersebut gah berdiri di tengah panas hanya untuk memerhati dengan lebih dekat Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mungkin pakcik tua itu salah seorang peminat Tan Sri, aku dan rakan jurugambar ku yang berada di hadapan pentas hilang tumpuan dek gelagat pakcik "Otai" itu..Anggapanku dan rakan jurugambar ku pasti pakcik tua tersebut akan naik ke pentas selepas Dato Hassan Malek selesai berucap.

Tanggapanku benar,selesai sahaja Menteri tesebut berucap ,pakcik tua tersebut melangkah sumbang ke atas pentas dan serta merta dihalang oleh bodyguard Tan Sri..Tapi pakcik tersebut bukan calang-calang,beliau berkeras untuk meneruskan hajat beliau untuk bersalaman dengan Tan Sri Muhyiddin.

Apa yang aku ralatkan disini,mengenai tahap keselamatan yang longgar di sekitar kawasan pentas.Lensaku turut merakam gelagat polis yang seolah olah tidak bertindak awal .Padahal pakcik tersebut sudah lama berdiri dihadapan pentas.

Malah yang lebih aku risaukan, pelbagai kemungkinan mungkin berlaku,bukan aku cuba bersikap negatif,tetapi apa salahnya kita pikirkan negatif sekali sekala.

Menurut penglihatanku,Pakcik tersebut turut menjinjing beg,persoalannya barang apakah yang dibawa di dalam beg?senjata?atau hanya barang biasa..

Bukankah polis itu dilatih unutk menghadapi atau mencegah pelbagai kemungkinan?

Kesimpulannya ,kejadian tersebut mungkin berakhir dengan tragis atau hanya berlaku begitu sahaja..

Apa pun kredit kepada Tan Sri ,seharusnya sifat seorang pemimpin itu merendah diri,beliau lantas bangun dari tempat duduknya untuk menyambut salam pakcik Otai tersebut.

"Kelakarnya ,pakcik itu seolah-olah naik kepentas untuk berucap..perhati dan dengar visual dari Lensa Selebetku rakamkan"....


Alhamdulilah tiada apa yang berlaku....Amin..

0 comments:

Post a Comment