_

_

Wednesday, February 26, 2014

Seutas Tasbih Seribu Zikir untuk "27 Syuhada"







Salam Khamis...
Harapnya korang di luar sana sihat walafiat hendaknya..

"Seutas Tasbih Seribu Zikir"

Diri yang sentiasa melakukan dosa ini,ingin bercerita tentang satu aktiviti NGO Kindness yang baru -baru ni anjur satu aktiviti bermoral tinggi untuk pelajar di sebuah sekolah pondok yang terkenal di Kedah.

Pondok Pakya menerima kunjungan aktivis kindness sempena "27 SHUHADAH"  mengedarkan tasbih kepada pelajar-pelajar bertujuan menggalakkan mereka untuk berzikir serta berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammmad saw.


Masa program tu mereka telah menyumbangkan kira-kira 750 utas tasbih dan 150 buah buku doa dan zikir untuk di edarkan kepada setiap pelajar sekolah terbabit.

sumbangan tersebut sempena memperingati tragedi kebakaran di asrama puteri madrasah itu yang telah meragut nyawa 27 orang pelajar pada 22 september 1989.

Moga Allah limpahi keberkatan kepada mereka..Amin



Review Novel : Joyland & Cekik Amerika

Salam Rabu... Seronok rasa bila apa yang kita cari n harapkan kita dapatkan kan kan..Tanpa bebelan panjang hari ni aku nak review dua buah novel dari FIXI yang agak hebat isi kandungannya. Story dia memang beri kepuasan dari segenap organ dalaman nafsu ku,tak ambik masa yang panjang tuk aku habiskan JOYLAND hasil novelis Stephen king.Novel ni digarap ketika di kemuncak kegemilangannya. Kalau korang nak tau Stephen King adalah individu yang menghasilkan karya yang popular seperti The Green Mile,The Shawshank Redemption yang diangkat menjadi filem blockbuster. Harapan aku tidak meleset,jalan ceritanya memang terbaik.Sarat...

Sunday, February 23, 2014

KJ & Uniform

Salam.. Entri kali ni saje nak papar tentang si Khairy Jamaluddin ni..Tak de apa yang menarik.Aku ada rakaman ketika Ketua Pemuda Umno ni di satu majlis Ketenteraan..Tengok jelah... ...

Thursday, February 20, 2014

Hari Ini: Operasi Samsung Tiruan!

pihak kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (kpdnkk) kedah telah berjaya merampas telefon bimbit pelbagai model dan aksesori yang disyaki tiruan menggunakan jenama samsung. ekoran itu, beberapa premis yang dipercayai melakukan kegiatan haram tersebut diserbu penguatkuasa bersama wakil samsung daripada kuala lumpur. siang tadi, satu serbuan yang di namakan ops samsung telah menyerbu empat premis dipercayai menjual telefon bimbit dan pelbagai aksesori tiruan. serbuan itu dilakukan kira-kira jam 11 pagi tadi di sebuah kompleks beli belah di jalan putra, alor setar, kedah. ekoran daripada serbuan itu, pihak...

Koh Li Pe: Kisah Percutian Di Daerah Paling Selatan Di Thailand

Salam.. Harapnya korang baik saja diluar sana...Kali ni aku nak berkongsi satu entri pelancongan. Destinasi kali ini,tak sehebat impian sesetengah orang,namun bagiku sudah memadai. Ini kisah percutian di daerah paling selatan di Thailand.Koh Li Pe memang aku akui kurang dikenali jika dibandingkan dengan pulau-pulai impian korang seperti phuket dan Koh Samui. Baiklah!Aku mulakan kisah Kedudukan Koh Li Pe yang berhampiran dengan langkawi mengambil kira kira sejam perjalanan dengan bot laju..tidoq jap lepas tu bukak mata sampaiiiii... Sebelum jejak kaki ,aku Google dulu Koh li Pe ni  Koh Lipe, yang juga dikenali sebagai...

Monday, February 17, 2014

Photo Of The Year : Juri Memilih Foto Ini

Salam.. Hari ni penulis nak kongsikan satu deretan gambar yang dianggap terbaik oleh sekumpulan juri profesional di seluruh dunia.Penulis sentiasa mengikuti perkembangan mengenai arena foto ni.Sepanjang tahun lepas deretan gambar ini melambangkan satu karya seni foto yang terbaik pernah dihasilkan untuk tahun 2013. Pertandingan  Fotografi jurnalistik World Press Photo 2013 terbahagi kepada sembilan kategori iaitu General News, Spot News, Comtemporary Issues, Daily Life, Observed Portraits, Staged Portraits, Nature, Sport Action, dan Sport Feature. Foto karya fotografer National Geographic, John Stanmeyer, berjudul "Signal"...

Friday, February 14, 2014

Kindness: Minyak Petrol RM2 Percuma Untuk Penungggang Motosikal

Salam Disini penulis nak beri penghargaan kepada sebuah NGO yang diberi nama KINDNESS.. Nilai kemanusiaan yang diterapkan NGO ini harus dipuji dan diambil contoh.  Baru-baru ini penulis berkesempatan hadir ketika KINDNESS anjur satu aktiviti bermoral tinggi dengan memberi perkhidmatan membayar minyak petrol rm2 kepada setiap penungggang motosikal yang mengisi minyak di stesen minyak yang ditetapkan. mungkin nilai yang diberi tidaklah sebesar mana namun ianya sedikit sebanyak cukup membantu terutamanya golongan berpendapatan rendah. Sempatla Lensa ni merakam gelagat mereka.Apa apapun penulis sanjung niat murni ini. ...

Tuesday, February 11, 2014

Tewas 5-1 :Penyokong Arsenal Bunuh Peminat Liverpool

Seorang Penyokong Arsenal di Kenya menikam seorang peminat Liverpool hingga mati sabtu lalu ketika mereka menonton aksi di televisyen apabila Reds membelasah Gunners 5-1 dalam aksi liga perdana Inggeris. Menurut polis kedua duanya berdebat mengenai perlawanan itu sebelum David Mwangi mengeluarkan pisau dan menikam Anthony Muthetia di sebuah restoren. Bagi penulis,Ini kes fan yang sangat fanatik hingga gagal mengawal emosi diri..Penulis pun fanatik jugak tapi setakat psiko fan lain jela...Apapun jadikan pengajaran. ...

Saya Tidak Lagi Terkenal

Penulis tertarik tika melihat satu gambar mengenai Shia LaBeouf yang popular menerusi wataknya dalam filem Transformer. Pelakon berusia 27 tahun itu,tampil di Festival Film Berlin dengan memakai beg kertas coklat di atas kepalanya untuk tayangan perdana filem jerman terbarunya. Bagi Penulis,pasti ada sebab tertentu Si Shia ni ambil rindakan sebegitu.Stylo jugak kan.. ...