Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Wednesday, September 25, 2013

Bekas Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Meninggal dunia..Info Terkini








Update Terkini 

ketua penerangan pas kedah, mohamad sanusi mad noor, jenazah dibawa pulang ke masjid al-ehsan pokok sena dan akan dikebumikan selepas solat asar jam 5.30 petang di tanah perkuburan madrasah darul ulum,pokok sena kedah.

Menteri Besar kedah laa nii  Datuk paduka mukhriz tun mahathir turut menziarahi allahyarham di unit rawatan rapi (icu) hospital sultanah bahiyah (hsb) alor setar.

Barisan exco negeri kedah,pengerusi jawatankuasa perdagangan dalam negeri, koperasi & hal ehwal pengguna,datuk dr  ku abdul  rahman ku ismail, pengerusi jawatankuasa perumahan & kerajaan tempatan, bekalan air, sumber air dan tenaga badrol hisham hashim dan juga pengerusi jawatankuasa belia dan sukan kesenian, kebudayaan dan warisan, aminuddin omar.

dilihat hadir setiausaha agung pas, mustafa ali serta ahli pimpinan pas yang lain turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham.



Bekas menteri besar kedah, tan seri azizan abdul razak meninggal dunia di unit rawatan rapi (icu) hospital sultanah bahiyah (hsb), alor setar kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

perkara itu disahkan oleh timbalan pengarah perubatan 1 hsb,  dr nor zaini morad yang berkata azizan meninggal disebabkan kegagalan fungsi organ dan jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disamping isterinya puan seri faekah syeikh hamzah bersama beberapa anak allahyarham, kenalan dan kakitangan hospital yang merawat beliau.

semalam, azizan yang juga ahli dewan undangan negeri (adun) sungai limau dilaporkan dalam keadaan kritikal, selepas mengalami komplikasi jantung yang serius dipercayai akibat jangkitan kuman.

azizan, 69, yang bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan sejak seminggu lalu, dikatakan pengsan selepas serangan jantung pertama kira-kira jam 3 pagi semalam dan kini dipantau rapi oleh doktor.

pada 9 mei lalu, azizan menjalani pembedahan di hospital pulau pinang (hpp) bagi memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan diabetes selepas dipindahkan dari kedah medical centre (kmc), di alor setar.

beliau yang mempertahankan kedudukan sebagai adun dalam pilihan raya umum ke-13 (pru-13) lalu menerima rawatan lebih tiga bulan di hpp, sebelum dipindahkan ke hsb mulai 13 ogos lalu.

azizan meninggalkan dua isteri iaitu puan sri faikah syeikh hamzah dan shamsiah shafie serta lapan anak.
azizan sebelum ini adalah pesuruhjaya pas kedah sebelum diambil alih oleh datuk mahfuz omar.

beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar kedah pada 9 mac 2008 selepas pas dan rakannya dalam pakatan rakyat, pkr dan dap menang majoriti dalam dewan undangan negeri (dun) kedah.

namun kerajaan kedah yang dipimpinnya tumbang dalam pilihan raya umum ke-13 (pru13) pada 5 mei lalu apabila bn berjaya menang dengan majoriti di dun kedah.

dua hari selepas itu, azizan dimasukkan ke hospital dan menjalankan pembedahan pada kakinya.

pada pru13, azizan menang di kerusi dun sungai limau menewaskan calon bn, mohd fazilah mohd ali dan dua calon bebas, sobri ahmad dan abdullah hashim.

sebelum menyertai politik sepenuh masa, azizan adalah pensyarah di universiti kebangsaan malaysia (ukm) dalam bidang perundangan islam dan beliau pernah menjadi pensyarah pelawat di sebuah universiti di filipina.

ketika masih bertugas dengan ukm, azizan pernah menjadi wakil pas dalam majlis perunding ekonomi negara (mapen) dan menghasilkan satu kertas dasar yang penting untuk badan perunding yang dibentuk kerajaan pada 1989 dan sejak itu nama beliau mula bersinar dalam pas.

azizan kemudiannya menyertai lembaga pengarah harakah, organisasi media pas dan seterusnya menjadi pengarah urusan harakah bagi menggantikan rakannya, dr sanusi daeng mariok yang menang pilihan raya umum 1990 di kerusi parlimen rantau panjang.

azizan melepaskan jawatan itu pada tahun 1995 apabila menjadi wakil rakyat selepas menyertai pilihan raya umum pada tahun itu dan menang.

azizan terus menjadi adun apabila menang lagi pada tahun 1999 dan juga 2004 dan seterusnya menang lagi pada pilihan raya umum 2008 sebelum dilantik menjadi menteri besar.



lagi video dan gambar selepas ini...

sumber dari berita Malaysia

0 comments:

Post a Comment