Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Tuesday, August 20, 2013

Pelajar Hilang : Rayuan Air Mata Ibu di Aidilfitri


                                                         HILANG
                                             NAMA : ABDUR RAHMAN
                                                         (13 TAHUN)
                                                     SILA HUBUNGI:
                                              012-4464 993 (HASLINA)



Pelajar Hilang : Rayuan Air Mata Ibu di Aidilfitri 

Salam..Lensa Selebetku ingin membantu...

Sambutan aidilfitri kali ini hanya ditemani lingan air mata buat seorang ibu tunggal apabila anak lelaki sulungnya hilang sejak 2 julai yang lalu.

Meurut ibu pelajar yang hilang Nor Haslina Hanif ,kehilangan anaknya Abdurrahman Abdullah hanya diketahui beliau setelah dimaklumkan tentang kehilangan anaknya itu oleh bekas suaminya.

Anaknya yang bersekolah di rumah budak laki-laki Tun Abdul Aziz ,Durian Daun Melaka..

Anaknya telah dihantar ke sekolah itu setelah beliau bercerai dengan suami awal tahun ini.

Pada 21 julai lalu bekas suaminya telah menghubungi pihak sekolah bagi bertanyakan khabar tentang anaknya ,malangnya pihak pengurusan sekolah telah memaklumkan bahawa anaknya btelah hilang sejak 2 julai yang lalu.

Lantaran daripada itu Haslina membuat laporan polis di ibu pejabat polis Sungai Petani kerana bimbang keadaan anaknya.

Beliau juga turut mengesali dengan sikap pihak pengurusan rumah terbabit terbabit seolah olah lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab atas kehilangan anaknya.

Abdurrahman dikatakan hilang bersama seorang rakannya Aidil Alif Abdullah sebaik sahaja dibawa keluar oleh pengawal keselamatan sekolah berkenaan.

Kini hanya yang tinggal adalah uniform sekolah dan beberapa keping gambar anaknya itu sebagai pengubat rindu dikala menyambut aidilfitri.

Malah kehilangan Abdurrahman turut dirasai oleh adiknya yang yang rapat dengannya.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Abdurrahman bolehlah menghubungi Nor Haslina Hanif di talian 012 4464993 atau menghubungi balai polis berdekatan.


0 comments:

Post a Comment