Pemuda ini mewarisi bakat daripada bapanya membuat songkok dan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ini pemuda ini merekacipta songkok merdeka.
Idea datang dari kesederan yang tinggi disulam dengan cintanya pada negara selain dari kerja rutin membuat songkok biasa.
Bagi pemuda ini, kesibukan dalam kerjayanya tidak menghalang beliau membuat songkok merdeka.
Ceritanya bermula dengan minat dengan seni pembuatan songkok sejak 5 tahu lau apabila diberi tunjuk ajar oleh bapanya yang menjadi salah seorang pembuat songkok di Bandaraya Alor Setar.
Hasilnya pemuda ini bukan sahaja mampu menghasilkan songkok yang bermutu malah mampu mengendalikan premis songkoknya.
Baginya , songkok merupakan pakaian tradisi yang wajib dipakai terutama ketika perayaan aidilfitri tidak kurang juga unutk sambutan hari kebangsaan.
Orang ramai boleh berkunjung ke premis pemuda ini dan membuat tempahan songkok merdeka yang dijual antara Rm 15 hingga Rm 30 sebiji.
Orang ramai boleh berkunjung ke premis pemuda ini dan membuat tempahan songkok merdeka yang dijual antara Rm 15 hingga Rm 30 sebiji.
Jelasnya semangat patriotik yang tinggi menyebabkan beliau sanggup mereka cipta songkok ini untuk memenuhi segelintir permintaan pengguna.
Bapanya pula mahu amalan membuat songkok diperturunkan kepada generasi akan datang agar pakaian tradisional ini tidak hilang ditelan zaman.
(Ku sertakan rakaman lensa selebetku)
0 comments:
Post a Comment