Salam...
6.02 pm..
(Refer entri saya sebelum ini "Bayi Melecur Seluruh Badan Akibat Salah Ubat")Bayi lelaki berusia sembilan bulan yang melecur teruk selepas didakwa tersilap menggunakan ubat yang diambil di sebuah klinik swasta pada bulan lalu meninggal dunia di unit rawatan rapi hospital sultanah bahiyah (hsb),alor setar, kedah awal pagi tadi.
bayi terbabit nasrullah khairul nizam,9 bulan, meninggal dunia jam 1.25 pagi tadi setelah 10 hari dimasukkan ke wad pediatric intensive care unit (picu) hospital sultanah bahiyah.
bayinya itu tidak tidur semalaman dan tidak langsung merengek kesakitan sehari sebelum disahkan meninggal dunia.
tambahnya doktor mengesahkan bayi mereka mengalami jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan keadaan bayi terbabit semakin hari semakin lemah.
dalam paparan berita awal bulan lalu, bayi malang ini terpaksa menanggung penderitaan setelah dipercayai tersalah diberi ubat ruam dari sebuah klinik swasta di sekitar bandar alor setar ini yang tidak bersesuaian dengannya.
Moga Allah Tempatkan bayi ini ke syurga.Berilah kesabaran dan kekuatan pada ibu bapanya.
Amin...
0 comments:
Post a Comment