Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Wednesday, March 12, 2014

Hari Ini: Pegawai JPJ Ditumbuk Ketika Operasi Di Kedah






berang kerana lama menunggu di sekatan jalan yang dilakukan penguatkuasa jabatan pengangkutan jalan (jpj) seorang seorang lelaki cuba merempuh sekatan jalan.

dia yang tidak berjaya melepaskan diri dari sekatan jalan bagaimanapun bertindak menumbuk salah seorang daripada penguatkuasa sehingga lebam.



dalam kejadian di kilometer 1 jalan stadium menghala ke pusat bandar alor setar, seorang penguatkuasa jpj cedera di bahagian bibir selepas ditumbuk seorang lelaki melayu berusia 31 tahun.

lelaki yang berasal dari jalan sultanah itu memandu kereta jenis proton wira berwarna merah tua (maroon) pada mulanya merempuh sekatan jalan sehingga mengheret kon yang diletakkan sejauh 100 meter sebelum memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.

mungkin berang kerana lama menunggu lelaki tersebut bertindak agresif turun dari kenderaannya lalu meluru ke arah anggota jpj yang bertugas.

tanpa mengendahkan pertanyaan anggota jpj, dia terus menumbuk seorang anggota jpj yang berada di lokasi kejadian.

pada masa yang sama beberapa anggota jpj lain yang turut berada di lokasi kejadian cuba menenangkan lelaki berkenaan ekoran bimbang dia bertindak lebih agresif.

siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki terbabit sudah dua tahun tamat cukai jalan bagaimanapun tiada sebarang senjata mahupun barang yang menyalahi undang-undang ditemui di dalam kenderaannya.





0 comments:

Post a Comment