Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Monday, March 24, 2014

MH370:Tidak Wujud Sentimen Anti-Malaysia Di China










Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan bahawa sentimen anti-Malaysia di China tidak wujud, meskipun terdapat dakwaan bahawa media Malaysia tidak mendapat layanan yang baik di negara itu.

Hishammuddin turut menegaskan sebahagian besar daripada ahli keluarga penumpang,sentimen anti Malaysia tidak wujud malah mereka bukan sahaja menghargai tetapi mengharapkan Malaysia teruskan SAR (Pencarian dan menyelamat).

Malaysia pada Khamis lalu, telah menghantar satu pasukan peringkat tertinggi ke Beijing untuk memberi taklimat serta perkembangan mengenai situasi MH370 kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Terdapat laporan di Beijing oleh AFP, di mana keluarga penumpang MH370 dari China meluahkan kekecewaan mereka apabila masih gagal mendapat jawapan tentang kehilangan pesawat milik MAS itu meskipun misi pencarian telah memasuki hari ke-12.

Menurut keluarga-keluarga itu, mereka tiada cara lain selain meluahkan isi hati mereka dengan rasa marah dan menangis, serta menunjukkan isyarat tangan dengan bengis ke arah wakil MAS.

Kejadian tersebut berlaku ketika sesi pertemuan pegawai penerbangan dengan keluarga tersebut di sebuah hotel di Beijing, China.

Bagi penulis,situasinya sangat menyedihkan,ianya bukan sahaja melibatan perasaan ahli keluarga mangsa malah kita sebagai manusia turut tersentuh hati dengan bencana ini.Seharusnya kita tidak menyalahkan mana mana pihak dan sentiasa menyokong dan berdoa agar segalanya menemui pengakhiranya,

Takziah kepada keluarga mangsa..kepada Allah kita berserah..


Sumber: Astro Awani

Thursday, March 20, 2014

SPM:Tulis Guna Kaki Pun Mampu Cemerlang








Seorang pelajar orang kelainan upaya (oku) tidak menjadikan kekurangan yang dialaminya sebagai penyebab untuk berjaya sebaliknya terus berusaha gigih bagi memastikan kejayaan kekal menjadi miliknya.

selepas berjaya memperolehi 8a dalam peperiksaan penilaian menengah rendah (pmr) dua tahun lalu, kini anak kedua daripada lima beradik ini sekali lagi membuktikan keupayaanya dengan melakar kecemerlangan apabila memperolehi 11a dalam sijil persekolahan malaysia (spm) yang diumumkan hari ini.

muhammad hadi darus, 17, dari taman dahlia pendang kedah ini berkata walaupun dilahirkan tanpa kedua belah tangan dan kaki yang tidak boleh berjalan,  namun  beliau masih mampu menulis menggunakan kaki.

belia memperoleh semua `a’ dalam sebelas mata pelajaran yang diduduki dan sekaligus menjadikannya antara enam belas orang pelajar yang memperolehi semua a dalam semua subjek yang diduduki sekolah itu.

selain tidak memiliki tangan, kedua kaki muhammad hadi juga membengkok dan tidak boleh berjalan dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak sepanjang masa.


Wednesday, March 19, 2014

Toleransi:Tolong Jangan Hina Agamaku Keranaku Melayu







Salam...

4.47 pm


Aku tidak pernah mengutuk bangsa lain,tidak pernah mempertikai agamanya,malah tidak pernah menyentak perasaannya,Aku Melayu.

Sejak di bangku sekolah sehingga masuk universiti,aku diajar menghormati segalanya mengenai kaum di malaysia.Perhatian!itu didikan ibu bapaku,pastinya kedua-duanya MELAYU.

Nahh..Bagaimana ini berlaku,Please!Jangan mempermainkan agama kami.Sesungguhnya penghinaan ke atas agama lebih perit dari penghinaan bangsa.

Kenapa pemilik facebook ini tidak pernah terpikir di mana dia berada,atau tidak pernah bersyukur?Hormatilah apa yang ada di  malaysia.Sudah acap kali ku dengar penghinaan seperti ini,janganlah disebabkan individu seperti ini kita bergaduh.

Keamanan dan kebebasan masyarakat itu lebih penting dari kepentingan diri.

"Aku tampaq mcm buaya baru hang tau"

Monday, March 17, 2014

Hari Ini di Kedah:Bayi Melecur Tidak Tidur & Menangis Sebelum Meninggal








Salam...
6.02 pm..
(Refer entri saya sebelum ini "Bayi Melecur Seluruh Badan Akibat Salah Ubat")

Bayi lelaki berusia sembilan bulan yang melecur teruk selepas didakwa tersilap menggunakan ubat yang diambil di sebuah klinik swasta pada bulan lalu meninggal dunia di unit rawatan rapi hospital sultanah bahiyah (hsb),alor setar, kedah awal pagi tadi.

bayi terbabit nasrullah khairul nizam,9 bulan, meninggal dunia jam 1.25 pagi tadi setelah 10 hari dimasukkan ke wad pediatric intensive care unit (picu) hospital sultanah bahiyah.

bayinya itu tidak tidur semalaman  dan tidak langsung merengek kesakitan sehari sebelum disahkan meninggal dunia.

tambahnya doktor mengesahkan bayi mereka mengalami jangkitan  kuman dalam darah yang menyebabkan keadaan bayi terbabit semakin hari semakin lemah.

dalam paparan berita awal bulan lalu, bayi malang ini terpaksa menanggung penderitaan setelah dipercayai tersalah diberi ubat ruam dari sebuah klinik swasta di sekitar bandar alor setar ini yang tidak bersesuaian dengannya.

Moga Allah Tempatkan bayi ini ke syurga.Berilah kesabaran dan kekuatan pada ibu bapanya.

Amin...



Saturday, March 15, 2014

MH370 & BOMOH: Dr Harun Din Mula Berbicara





Salam...

1.17 AM

Dalam mengikuti perkembangan MH370.....Dr Harun Din menasihati...

Ini antara Intipati Kuliahnya Selepas Maghrib:


1.Kembali kepada cara hidup islam..sistem islam..kembali kpd Allah.
Insaflah yg kita sedang diuji Allah

2.Air di empangan makin kurang..3/4 malaysia berjerebu dan terbaru mh370. Berpuluh2 kapal and aircrafts cari pun x jumpa. Allah nak ajar manusia bhw ilmu kita ni sgt sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan2 hingga habis utk dijadikan tinta..masih x mampu nak menulis kalimah Allah..apatah lg ilmuNya.

 4.Dia bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yg haram...maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yg berlaku mh370 jadikan malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dgn peristiwa tikar terbang sehingga arab saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yg berlaku sebenarnya...allah hina negara kita dgn peristiwa mcm ni.

6.Majoriti manusia x melihat peristiwa yg berlaku dgn mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana byk maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf. 

7.bila dah 3 4 hari x jmpa baru nk ingat Allah..baru nak solat hajat. Bagi yg terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal2 peristiwa berlaku.

8.Dr Harun din kata ikut pengalaman dia cuma saudi airline dan brunei yg baca doa perjalanan sebelum fly. 

9.Kenapa kita x berserah pd Allah dlm setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..byk sgt org islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan org buat tikar terbang di klia pun xde org islam yg menghalang...hingga 1 dunia tgk kebodohan dan kesyirikan yg berlaku di negara kita...lihat dgn mata hati...itu penghinaan Allah pada kita.





Wednesday, March 12, 2014

Tikar Raja Bomoh VS MH370







Salam..

11.36 PM

Harapan masih ada,doa jadi bekalan untuk mh370.Diantara perkara yang meriuhkan lagi keadaan ketika ini pastinya kehadiran Raja Bomoh.Nampaknya Malaysia kian giat dengan berbagai usaha untuk MH370.

Dengan segala keyakinanku Allah yang Maha Agung pasti tahu apa yang berlaku dan seharusnya kita sedar Allah sedang menguji hambanya.

Dalam keadaan yang kian gawat,kehadiran bomoh ini pasti mendatangkan pelbagai reaksi.Adakah ianya tahyul?,adakah ianya satu upacara yang berlandaskan islam namun sukar difahami orang biasa?,adakah ianya satu cara untuk menggiatkan usaha semata-mata tanpa tahu dimana kebenarannya?.

Aku cuba bertanya pada atuk ku di kampung,adakah ada bomoh atau pawang yang berlandaskan islam?atuk ku menjawab YA..alim ulama pada ketika dahulu diberi anugerah ini..tapi ianya bergantung pada caranya yang sukar difahami.Tapi apa yang pasti atuk aku menjawab ini.."kalau abg tidak langsung tahu pasal aktiviti kebomohan dan tidak pasti sama ada ianya berlandaskan islam,Diam dan kembali pada jalan Allah".

Saudaraku,Berilah sedikit ruang dan peluang dalam segala usaha,jika salah caranya kembalilah ke jalan Allah.Jika betul caranya namun sukar difahami,baiklah kita berdiam diri.Allah itu maha mengetahui segalanya.

Amin..Pray For MH370..Berserah pada ALLAH.



















Hari Ini: Pegawai JPJ Ditumbuk Ketika Operasi Di Kedah






berang kerana lama menunggu di sekatan jalan yang dilakukan penguatkuasa jabatan pengangkutan jalan (jpj) seorang seorang lelaki cuba merempuh sekatan jalan.

dia yang tidak berjaya melepaskan diri dari sekatan jalan bagaimanapun bertindak menumbuk salah seorang daripada penguatkuasa sehingga lebam.



dalam kejadian di kilometer 1 jalan stadium menghala ke pusat bandar alor setar, seorang penguatkuasa jpj cedera di bahagian bibir selepas ditumbuk seorang lelaki melayu berusia 31 tahun.

lelaki yang berasal dari jalan sultanah itu memandu kereta jenis proton wira berwarna merah tua (maroon) pada mulanya merempuh sekatan jalan sehingga mengheret kon yang diletakkan sejauh 100 meter sebelum memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.

mungkin berang kerana lama menunggu lelaki tersebut bertindak agresif turun dari kenderaannya lalu meluru ke arah anggota jpj yang bertugas.

tanpa mengendahkan pertanyaan anggota jpj, dia terus menumbuk seorang anggota jpj yang berada di lokasi kejadian.

pada masa yang sama beberapa anggota jpj lain yang turut berada di lokasi kejadian cuba menenangkan lelaki berkenaan ekoran bimbang dia bertindak lebih agresif.

siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki terbabit sudah dua tahun tamat cukai jalan bagaimanapun tiada sebarang senjata mahupun barang yang menyalahi undang-undang ditemui di dalam kenderaannya.





Tuesday, March 11, 2014

"Be A Grown Up And Stop Embarrassing Your Country" = MH370




Salam

6.20 PM..

Malaysia sekarang berhadapan dengan satu tragedi yang melangkaui pemikiran rakyatnya.Jika anda adalah antara rakyatnya berbagai bentuk tindakan boleh dizahirkan waktu ini.Pilihannya sentiasa ada.Perlakuan itu seharusnya melambangkan diri manusia.

Mari berdoa ,bina satu harapan agar semuanya akan bertemu kesimpulan.Malaysia jadi perhatian,apa salahnya kita korbankan sedikit syak wasangka kita,hanya untuk kali ini.

Allah maha adil,jika anda diluar sana memperolokkan perkara ini hanya kerna anda bukan ahli keluarga mangsa,satu hari nanti,Allah pasti tunjukkan siapa yang akan bersedih atas sesuatu perkara.

Monday, March 10, 2014

Pray For MH370




Salam...

2.25 PM

Sama-samala kita berdoa agar segala misteri kehilangannya terungkai,Walau terhempas biarlah ianya dijumpai,Jika dirampas Allah selamatkan mereka.Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.Kami hambamu hanya berusaha.Jika hambamu buat kesilapan tunjukkanlah kekuasaanMu.Beri kekuatan kepada hambaMu.














Tuesday, March 4, 2014

Jangan Kawan Dia!!




Salam Mengantuk..
3.41 pm..
isi ruang masa dengan satu jenaka pendek..jangan salahkan saya,ini hanya kegoblokan entri..ampun pak.
Selamat mengisi masa sehingga esoknya..Hargai rakan taulan,Jangan kawan dengan si Setan!

Monday, March 3, 2014

"TQ Najib Kerana Br1m Masuk Akaun,Pas Tetap Pilihan Kami"





Salam....

5.10 P.m...

Melayari "muka buku" di waktu petang memang kebiasaan,dead mouse menyusuri muka buku atas ke bawah,Tiba-tiba mata terpana seketika di satu post milik friend mutual aku,dengan satu gambar dan seayat status.

Katanya,sedang drive menyusuri jalan terhenti di satu traffic light dan nah ini yang terlihat,sebuah kenderaan yang memaparkan satu ayat yang penuh maksud yang sudah tersurat.Siapa pemilik kenderaan ini aku tak tahu tapi ini cukup buat aku tertarik.

Padaku,itu hak masing masinglah,walau sejauh mana kita fikirkan,itu adalah yang tersurat dalam haknya.


Sunday, March 2, 2014

Bayi Melecur Seluruh Badan Akibat Salah Ubat






akibat tersalah dos suntikan seorang bayi lapan bulan terpaksa menanggung keperitan apabila seluruh tubuhnya tiba-tiba melecur selepas mengambil ubat ruam dari sebuah klinik swasta di alor setar.
menurut bapa bayi malang itu, khairul nizam lebai jusoh, 41, pada mulanya anaknya mengalami ruam biasa di bahagian kelangkang dan perut lalu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta di pusat bandar pada 16 februari lalu.
setelah selesai membuat pemeriksaan, doktor memberi ubat sapu dan ubat makan sebelum mereka pulang ke rumah di jalan stadim, alor setar.

bimbang ia akan melarat khairul dan isteri, nur shazira mohd salleh, 23, membawa bayi mereka ke hospital sultanah bahiyah (hsb) pada 24 februari untuk mendapat rawatan selanjutnya.
doktor pakar di hsb memaklumkan kepada beliau, ubat yang diberikan klinik tersebut tidak sesuai kerana anaknya itu mengalami alahan kulit dan sepatutnya doktor itu perlu membuat pemeriksaan yang teliti terlebih dahulu.