Di kedah sudah menjadi lumrah alam banjir melanda 5 tahun sekali,namun banjir bukan penghalang bagi pasangan Ng Chang Chuan dan isterinya Lim Kim Lee bagi meneruskan perkahwinan.
Lokasinya di Pendang,Kedah ..Aku dan lensaku berkesempatan hadir ke majlis tersebut..
Uniknya ,pasangan iini bukan sahaja berkahwin dalam suasana banjir tetapi diarak menggunkan forklift sejauh 100 meter untuk ke rumah pengantin.
banjir sedalam kira-kira 0.5 meter dan akhirnya sempurna juga perkahwinan mereka dengan kehadiran ramai sahabat dan saudara mara walaupun dalam keadaan banjir.
(Kahwin Kuda)
"Kenal sejak di kelas tadika,bersekolah yang sama kemudian masing-masing bertugas di pahang".
Lokasinya di Alor Janggus Kedah.
Menariknya pasangan Mohd Asri Radzali dan Norhasnah Sobri diarak menaiki pedati kuda bagi meraikan perkahwinan mereka.
(Kahwin Beca & Basikal Fixie)
Lokasi di Kampung Kantan Sungai Mati Langgar Kedah.
Pasangan ini menjadikan beca sebagai kenderaan perarakan.
Tak cukup dengan beca ,pasangan ini turut diiringi sekumpulan anak muda berbasikal fixie dan paluan gendang silat.
(Kahwin Kobota)
Pasangan Mohd Zamri Sopii mengawini wanita pilihannya Siti Fatimah Hashim.
Uniknya pasangan tersebut diarak menaiki kobota sejauh kira-kira 500 meter ke rumah pengantin.
Untuk pengetahuan korang Kobota ni sebuah jentera penuai padi.
(Kahwin Rakit)
Impian seorang ahli perniagaan untuk mengembalikan nostalgia zaman kanak kanak akhirnya menjadi kenyataan apabila majlis perkahwinan mereka di sambut menggunakan rakit untuk menyusuri Sungai Nami ,Sik Kedah.
Pasangan Mohd Redzuan Md Salleh dan Sharifah Norhafizoh Syed Ahmad Al Sagoff menyifatkan detik tersebut pengalaman indah dalam hidupnya
Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Jungle Resort,Tanjung Piring Sik Kedah.
(Paparan video adalah rakaman ori dari lensa Selebet ku,Selamat menonton..huhuhu..)
0 comments:
Post a Comment