Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Sunday, August 25, 2013

Perkahwinan Unik di Malaysia


Perkahwinan Unik di Malaysia



(Kahwin Banjir)


Di kedah sudah menjadi lumrah alam banjir melanda 5 tahun sekali,namun banjir bukan penghalang bagi pasangan Ng Chang Chuan dan isterinya Lim Kim Lee bagi meneruskan perkahwinan.

Lokasinya di Pendang,Kedah ..Aku dan lensaku berkesempatan hadir ke majlis tersebut..

 Uniknya ,pasangan iini bukan sahaja berkahwin dalam  suasana banjir tetapi diarak menggunkan forklift sejauh  100 meter untuk ke rumah pengantin.

 banjir sedalam kira-kira 0.5 meter dan akhirnya  sempurna juga perkahwinan mereka dengan kehadiran  ramai sahabat dan saudara mara walaupun dalam  keadaan banjir.


(Kahwin Kuda)



"Kenal sejak di kelas tadika,bersekolah yang sama kemudian masing-masing bertugas di pahang".

Lokasinya di Alor Janggus Kedah.

Menariknya pasangan Mohd Asri Radzali dan Norhasnah Sobri diarak menaiki pedati kuda bagi meraikan perkahwinan mereka.


(Kahwin Beca & Basikal Fixie)



 Lokasi di Kampung Kantan Sungai Mati Langgar  Kedah.

 Pasangan ini menjadikan beca sebagai kenderaan  perarakan.

 Tak cukup dengan beca ,pasangan ini turut diiringi  sekumpulan anak muda berbasikal fixie dan paluan  gendang silat.


(Kahwin Kobota)

Seorang jejaka orang kurang upaya (oku) menamatkan zaman bujang dengan penuh makna.

Pasangan Mohd Zamri Sopii mengawini wanita pilihannya Siti Fatimah Hashim.

Uniknya pasangan tersebut diarak menaiki kobota sejauh kira-kira 500 meter ke rumah pengantin.

Untuk pengetahuan korang Kobota ni sebuah jentera penuai padi.


(Kahwin Rakit)


Impian seorang ahli perniagaan untuk mengembalikan  nostalgia zaman kanak kanak akhirnya menjadi  kenyataan apabila majlis perkahwinan mereka di  sambut menggunakan rakit untuk menyusuri Sungai  Nami ,Sik Kedah.

 Pasangan Mohd Redzuan Md Salleh dan Sharifah  Norhafizoh Syed Ahmad Al Sagoff menyifatkan detik  tersebut pengalaman indah dalam hidupnya

 Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Jungle  Resort,Tanjung Piring Sik Kedah.

(Paparan video adalah rakaman ori dari lensa Selebet ku,Selamat menonton..huhuhu..)



0 comments:

Post a Comment