Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Monday, August 19, 2013

Penangan Meriam Selebet

"Penangan Meriam Selebet"

Kali ni aku nak cerita pasal Meriam (Bukan Mariam anak Pak Abu tu)..mesti korang pernah dengar ataupun yang pernah merasai sendiri main meriam ni..nak dijadikan cerita aku berkesempatan melihat sendiri cara pembuatan meriam tanah di sebuah kampung dalam daerah Pendang,Kedah.

Rasanya kalau di pantai timur terkenal dengan meriam buluhnya tapi di Kedah masyarakatnya sinonim menggunakan tanah untuk menghasilkan meriam buatan sendiri malah ianya dimainkan dari generasi ke generasi bila mana menjelangnya aidilfitri.

Sepanjang lensa selebet ku merakam cara pembuatan meriam tanah ni, boleh aku simpulkan yang cara pembuatannya tidaklah serumit yang disangka.

lensa selebet, ku fokuskan pada bahan utamanya iaitu alatan "basic" belerang ,tin susu atau menggunakan paip pvc yang ditanam di dalam tanah.

Kemudian air digunakan untuk menyiram tanah sampai mampat,padat bagi menghasilkan letupan yang kuat.

Tapi ingat, pembuatannya bergantung kepada kecekapan si pembuatnya ,kalau korang tak cekap mungkin ia hanya mampu mengeluarkan bunyi kentut yang menyakitkan hati,silap2 kena kutuk seminggu berturut2.

Mengikut kefahaman aku,sekiranya belerang yang digunakan banyak ia mampu menghasilkan letupan yang kuat sehingga mampu menggugat bom meriam canggih tentera israel yang berlagak tuu.

Kalau nak kesan yang lebih maksimum ,meriam tersebut juga boleh ditindih menggunakan batu dan bahagian depannya disumbat plastik atau guni bagi mengelak wap keluar.

Kesimpulanya keselebetan meriam itu bukan sahaja diminati golongan kanak kanak dan remaja malah golongan dewasa turut bermain apabila menjelang malam hari raya.

Walaupun banyak jenis mercun dan bunga api dihasilkan kini tapi meriam tanah lebih memberi kepuasan kepada pemainnya.

Aku sertakan rakaman ori dari lensa selebet ku untuk tontonan korang,kalau tak puas hati korang pegi report kat pak jabit!!!..Aku sekadar berkongsi...Aminnnn...

0 comments:

Post a Comment