Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Thursday, April 3, 2014

Kerajaan Terengganu & Amphicoach













kerajaan negeri terengganu merancang  untuk membeli dua buah amphicoach dengan hasrat untuk mempelbagaikan produk pelancongan di Terengganu kerana sektor ini merupakan aset negeri untuk menarik pelancong pada masa hadapan.

“Kenderaan buatan Malta itu nanti bukan sahaja untuk pengangkutan pelancongan, tetapi berfungsi sebagai serampang dua mata kerana amphicoach boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir di Terengganu setiap tahun.

“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk membeli dua kenderaan berbentuk seperti bas ini. Buat masa sekarang kita sedang menyediakan spesifikasi amphicoach yang mampu memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan tidak kurang lapan knot di dalam air.

“Pada masa yang sama, proses bagi urusan berkaitan sedang dijalankan termasuk menyiapkan dokumen dan beberapa kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said memaklumkan kepada media bahawa kerajaan negeri akan membeli dua buah amphicoach yang bernilai RM3 juta sebuah.




0 comments:

Post a Comment