Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Wednesday, February 26, 2014

Seutas Tasbih Seribu Zikir untuk "27 Syuhada"







Salam Khamis...
Harapnya korang di luar sana sihat walafiat hendaknya..

"Seutas Tasbih Seribu Zikir"

Diri yang sentiasa melakukan dosa ini,ingin bercerita tentang satu aktiviti NGO Kindness yang baru -baru ni anjur satu aktiviti bermoral tinggi untuk pelajar di sebuah sekolah pondok yang terkenal di Kedah.

Pondok Pakya menerima kunjungan aktivis kindness sempena "27 SHUHADAH"  mengedarkan tasbih kepada pelajar-pelajar bertujuan menggalakkan mereka untuk berzikir serta berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammmad saw.


Masa program tu mereka telah menyumbangkan kira-kira 750 utas tasbih dan 150 buah buku doa dan zikir untuk di edarkan kepada setiap pelajar sekolah terbabit.

sumbangan tersebut sempena memperingati tragedi kebakaran di asrama puteri madrasah itu yang telah meragut nyawa 27 orang pelajar pada 22 september 1989.

Moga Allah limpahi keberkatan kepada mereka..Amin



Review Novel : Joyland & Cekik Amerika


























Salam Rabu...

Seronok rasa bila apa yang kita cari n harapkan kita dapatkan kan kan..Tanpa bebelan panjang hari ni aku nak review dua buah novel dari FIXI yang agak hebat isi kandungannya.

Story dia memang beri kepuasan dari segenap organ dalaman nafsu ku,tak ambik masa yang panjang tuk aku habiskan JOYLAND hasil novelis Stephen king.Novel ni digarap ketika di kemuncak kegemilangannya.
Kalau korang nak tau Stephen King adalah individu yang menghasilkan karya yang popular seperti The Green Mile,The Shawshank Redemption yang diangkat menjadi filem blockbuster.

Harapan aku tidak meleset,jalan ceritanya memang terbaik.Sarat dengan permainan emosi.Yang aku nak tekan kat sini disetiap saat korang baca novel ini,ilmu pengetahuan korang akan bertambah contohnya segala jenis bahasa dan penceritaannya ada satu ruangan info pada pembaca yang tertanya tanya apa jenis bahasa yang digunakan.






Yang ni pulak cerita agak kasar dan matang.Pembaca yang memilih untuk membaca novel ni harus matang berfikir.CEKIK + AMERIKA 18+ .Ada dijual di setiap kedai buku.Hasil novelis Ridhwan Saidi.Kisah mengenai dua lelaki.Novel ni boleh dikategorikan RARE!Kisah mengenai kehidupan dua lelaki yang berdepan dengan segala yang dikatakan "Kemanisan & Kepahitan hidup".


Sunday, February 23, 2014

KJ & Uniform


Salam..

Entri kali ni saje nak papar tentang si Khairy Jamaluddin ni..Tak de apa yang menarik.Aku ada rakaman ketika Ketua Pemuda Umno ni di satu majlis Ketenteraan..Tengok jelah...











Thursday, February 20, 2014

Hari Ini: Operasi Samsung Tiruan!







pihak kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (kpdnkk) kedah telah berjaya merampas telefon bimbit pelbagai model dan aksesori yang disyaki tiruan menggunakan jenama samsung.

ekoran itu, beberapa premis yang dipercayai melakukan kegiatan haram tersebut diserbu penguatkuasa bersama wakil samsung daripada kuala lumpur.

siang tadi, satu serbuan yang di namakan ops samsung telah menyerbu empat premis dipercayai menjual telefon bimbit dan pelbagai aksesori tiruan.

serbuan itu dilakukan kira-kira jam 11 pagi tadi di sebuah kompleks beli belah di jalan putra, alor setar, kedah.

ekoran daripada serbuan itu, pihak kpdnkk kedah berjaya mer
ampas 4 unit telefon bimbit pelbagai model dari jenama terkenal itu dan aksesorinya yang dianggarkan bernilai lebih dari 25, 000 ringgit.

telefon bimbit tiruan yang dipercayai diimport dari negara china itu dikatakan dijual antara harga 50 ringgit sehingga 400 ringgit seunit berbanding harga bagi telefon bimbit original ialah lapan ratus hingga dua ribu lebih seunit.

timbalan pengarah kpdnkk kedah, khalid tik berkata, kesemua telefon bimbit yang menggunakan jenama asli itu adalah tiruan malah ianya turut dijual dengan harga diskaun yang hebat.

menurut khalid, hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan dipercayai beribu pejabat di kuala lumpur , ipoh mahupun georgetown malah menggunakan jenama samsung bagi mengaburi pandangan awam.

sementara itu, wakil samsung dari kuala lumpur, eow khean fatt berkata,
serbuan ini dilakukan berikutan hasil aduan daripada pengedar samsung negeri yang memaklumkan terdapat segelintir peniaga yang menjual barangan samsung tiruan.

menurut eow, melalui rampasan ini sekurang-kurangnya ia telah berjaya melumpuhkan satu sindiket menjual telefon bimbit tiruan.

pihak kpdnkk kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis terbabit mengikut seksyen 41 akta perihal dagangan 2011.

jika sabit kesalahan boleh didenda rm 100, 000 bagi individu dan rm 250, 000 bagi syarikat atau penjara enam bulan atau kedua duanya.

Koh Li Pe: Kisah Percutian Di Daerah Paling Selatan Di Thailand

Salam..

Harapnya korang baik saja diluar sana...Kali ni aku nak berkongsi satu entri pelancongan.






Destinasi kali ini,tak sehebat impian sesetengah orang,namun bagiku sudah memadai.

Ini kisah percutian di daerah paling selatan di Thailand.Koh Li Pe memang aku akui kurang dikenali jika dibandingkan dengan pulau-pulai impian korang seperti phuket dan Koh Samui.


Baiklah!Aku mulakan kisah


Kedudukan Koh Li Pe yang berhampiran dengan langkawi mengambil kira kira sejam perjalanan dengan bot laju..tidoq jap lepas tu bukak mata sampaiiiii...


Sebelum jejak kaki ,aku Google dulu Koh li Pe ni 




Koh Lipe, yang juga dikenali sebagai "Pulau Lipeh" terletak di Laut Andaman dan berada dalam Wilayah Satun, antara wilayah yang damai di Selatan Thailand yang seringkali bergolak.


Selain melalui Langkawi pengunjung juga boleh ke Koh Lipe menggunakan bot laju dari Pak Bara di tanah besar Wilayah Satun, membabitkan perjalanan kira-kira satu jam 40 minit.


Kunjungan aku ke Koh Lipe, mendapati pulau itu mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikannya tumpuan pelancong asing terutama ketika musim sejuk di negara-negara empat musim.


3 Perkara menarik bagi aku:


TIDAK ADA JETI


Apa yang menarik walaupun banyak bot yang keluar masuk ke pulau ini, pengunjung tidak akan dapat melihat sebarang jeti di Koh Lipe.


Sebaliknya bot-bot ini akan berlabuh di tepi pantai dan pengunjung terpaksa mengharungi air laut, kira-kira paras lutut, sebaik tiba di pulau itu.Owesome!


Sempat aku lihat barangan kargo turut dibawa menggunakan kaedah yang serupa.


Pada mulanya aku merasakan ia menyusahkan pelancong tetapi bila difikirkan semula, pengalaman sebeginilah yang dikehendaki oleh para pengunjung yang mahukan sesuatu yang semulajadi.Real!


Ini mungkin boleh dipelajari oleh pengusaha pelancongan di Malaysia yang sering menjadikan ketiadaan jeti atau jeti tidak cukup sempurna sebagai punca kegagalan menggamit pelancong asing.Wrong!


AKTIVITI PELANCONG DI KOH LIPE




Bagi pelancong dari negara empat musim, mereka datang ke Koh Lipe ketika musim sejuk di negara mereka kerana mahukan cuaca panas dan berehat di pantai.

Koh Lipe mempunyai tiga pantai utama yang bersih iaitu "Sunset Beach", "Sunrise Beach" dan "Pattaya Beach".


Selain keindahan pantainya, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkeling, 'island hopping' dan memancing dengan mereka dibawa menaiki bot tradisional yang dibuat daripada papan.Klasik!


Untuk melakukan aktiviti itu tidak sukar kerana banyak resort dan syarikat yang menyediakan kemudahan bot dan menyewa peralatan yang diperlukan dengan harga yang berpatutan.


Koh Lipe  ni pulau kecil, tak mustahilah untuk mengelilingi seluruh pulau itu dalam tempoh satu jam dengan berjalan kaki.


Aku sertakan rakaman Lensaku untuk penilaian korang!



TIADA MASALAH MAKANAN HALAL


Pengunjung beragama Islam yang datang ke Koh Lipe tidak akan menghadapi masalah mendapatkan makanan halal.


Ini kerana resort-resort di sini menyediakan makanan halal apatah lagi Koh Lipe berada dalam wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.


Terdapat juga gerai-gerai makan yang diusahakan oleh orang Islam di luar kawasan resort.


Malah ada gerai yang menjual roti canai, roti telor dan roti pisang yang diubahsuai sedikit daripada apa yang ada di Malaysia.


Ramai juga pengusaha pelancongan di pulau ini adalah rakyat Thai yang beragama Islam dan mempunyai ramai saudara mara di Malaysia terutama di Langkawi.


So,review ni boleh jadikan panduan untuk korang sekiranya berminat nak berkunjung ke Koh Li Pe.


Tak lupa juga,sekiranya korang di luar sana memang suka di"urut" ,Koh Li Pe memang banyak services tu...



Monday, February 17, 2014

Photo Of The Year : Juri Memilih Foto Ini


Salam..

Hari ni penulis nak kongsikan satu deretan gambar yang dianggap terbaik oleh sekumpulan juri profesional di seluruh dunia.Penulis sentiasa mengikuti perkembangan mengenai arena foto ni.Sepanjang tahun lepas deretan gambar ini melambangkan satu karya seni foto yang terbaik pernah dihasilkan untuk tahun 2013.


Pertandingan  Fotografi jurnalistik World Press Photo 2013 terbahagi kepada sembilan kategori iaitu General News, Spot News, Comtemporary Issues, Daily Life, Observed Portraits, Staged Portraits, Nature, Sport Action, dan Sport Feature.




Foto karya fotografer National Geographic, John Stanmeyer, berjudul "Signal" dalam pertandingan fotografi jurnalistik World Press Photo 2013 terpilih sebagai "Photo of the Year" .




Alessandro Penso, seorang fotografer Itali yang bekerja untuk OnOff Picture, memenangi Hadiah pertama kategori General News Single, dengan foto mengenai penempatan sementara bagi para Suriah di Sofia, diambil 21 November 2013.





William Daniels,fotografer Perancis yang bekerja untuk Panos Pictures mendapat tugasan dari Time, memenangi hadiah kedua General News dengan foto yang menggambarkan demonstrasi berkumpul di jalan-jalan Bangui diambil pada 17 November 2013.





Phillipe Lopez, fotografer Perancis bekerja untuk Agensi France-Presse , memenangi hadiah pertama Spot News dengan foto korban taufan Haiyan berbaris dalam ritual keagamaan di Tolosa, Filipina, diambil 18 November 2013.





Goran Tomasevic, fotografer yang bekerja untuk Reuters Serbia , memenangi Juara kategori Spot News Story dengan gambar yang mengambarkan salah satu pejuang pemberontak Suriah berlindung di tengah serpihan terbang dan pecahan peluru setelah ditembak di lingkungan Ain Tarma, Damaskus, diambil 13 Januari 2013.




Tyler Hicks, fotografer AS yang bekerja untuk The New York Times memenangi tempat kedua kategori Spot News Story dengan gambar yang memaparkan wanita dan anak-anak bersembunyi di Westgate mall di Nairobi, Kenya, 21 September 2013.






Christopher Vanegas, fotografer Mexico bekerja untuk La Vanguardia/El Wali memenangi tempat ketiga Contemporary Issues Single dengan foto polis tiba di TKP, di mana dua mayat digantung di jambatan, manakala tiga lainnya berada di lantai di Saltillo, Mexico, diambil 8 March 2013.






Sara Naomi Lewkowicz, fotografer AS yang bekerja untuk Time memenangi tempat pertama Contemporary Issues Stories dengan foto yang mengambarkan kekerasan dalam rumah tangga di Lancaster, Amerika Serikat, diambil 17 November 2012.





Julius Schrank, fotografer Jerman yang bekerja untuk De Volkskrant memenangi tempat pertama Kehidupan Seharian, pejuang Tentera Kemerdekaan Kachin sedang minum di pemakaman salah satu komandan mereka yang meninggal sehari sebelumnya, di Burma, 15 March 2013. 






Fred Ramos, fotografer El Salvador untuk El Faro memenangi tempat pertama Kehidupan Seharian. foto menggambarkan salah satu pakaian perempuan tak dikenali dijumpai di sebuah perkebunan gula di Apopa, San Salvador, El Salvador, yang diambil 10 August 2013.






Andrzej Grygiel, fotografer yang bekerja untuk Polandia PAP - Polska AGENCJA Prasowa memenangi juara kedua aksi Olahraga tunggal, di mana seorang pemain ski bersaing pada slalom di Szczyrk, diambil 24 March 2013.







Quinn Rooney, fotografer Australia yang bekerja untuk Getty Images memenangi tempat ketiga aksi Olah raga dengan gambar yang memaparkan Daniel Arnamnart berasal dari Australia bersaing dalam renang 100 meter pada hari kedua di Kejuaraan Renang Adelaide, Australia, yang diambil 27 April 2013.







Peter Holgersson, fotografer Swedia memenangi juara pertama Fitur Olah Raga dengan gambar yang memaparkan Nadja Casadei, seorang atlet heptathlon didiagnosis dengan cancer, sebelum rawatan terakhir di Lidingo, Swedia, diambil 19 Disember 2013. 






Markus Schreiber, fotografer Jerman yang bekerja untuk The Associated Press memenangi juara pertama People - Portrait kategori Single dengan gambar seorang wanita dengan riak kecewa setelah akses untuk melihat mantan Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela ditutup pada hari ketiga dan terakhir dari tempat persemayam negara , di luar Union Buildings di Pretoria, Afrika Selatan, 13 Disember 2013.






Carla Kogelman, fotografer Belanda memenangi juara pertama People - Cerita Portrait dengan gambar yang memaparkan Hannah dan Alena , dua saudara perempuan yang tinggal di pedesaan Merkenbrechts, Austria , diambil 19 Julai 2012.







Brent Stirton, fotografer Afrika Selatan yang bekerja untuk Getty Images memenangi juara pertama Foto Bertahap kategori tunggal dengan gambar sekumpulan anak laki-laki albino buta di bilik mereka di sekolah Vivekananda untuk orang buta di Bengal Barat, diambil 25 September 2013.






Denis Dailleux, fotografer Perancis yang bekerja untuk Agence Vu memenangi juara kedua Foto Bertahap kategori tunggal dengan gambar yang memaparkan Ali, binaragawan muda Mesir, bergambar dengan ibunya di Kairo 3 Februari 2011.






Christian Ziegler, fotografer Jerman yang bekerja untuk National Geographic Magazine memenangi tempat ketiga kategori alam untuk gambar yang memaparkan salah satu bonobo berusia lima tahun dekat Kokolopori Bonobo Cadangan di Republik Demokratik Kongo diambil 25 Januari 2011.







Steve Winter, fotografer AS yang bekerja untuk National Geographic , memenangi Hadiah utama Stories Nature dengan gambar yang memaparkan cougar yang berjalan di Griffith Park, Los Angeles ditangkap oleh kamera trap 2 March 2013.


Sumber: www.pikiran rakyat.com,world press photo




Friday, February 14, 2014

Kindness: Minyak Petrol RM2 Percuma Untuk Penungggang Motosikal



Salam
Disini penulis nak beri penghargaan kepada sebuah NGO yang diberi nama KINDNESS..

Nilai kemanusiaan yang diterapkan NGO ini harus dipuji dan diambil contoh.

 Baru-baru ini penulis berkesempatan hadir ketika KINDNESS anjur satu aktiviti bermoral tinggi dengan memberi perkhidmatan membayar minyak petrol rm2 kepada setiap penungggang motosikal yang mengisi minyak di stesen minyak yang ditetapkan.

mungkin nilai yang diberi tidaklah sebesar mana namun ianya sedikit sebanyak cukup membantu terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Sempatla Lensa ni merakam gelagat mereka.Apa apapun penulis sanjung niat murni ini.






















Tuesday, February 11, 2014

Tewas 5-1 :Penyokong Arsenal Bunuh Peminat Liverpool



Seorang Penyokong Arsenal di Kenya menikam seorang peminat Liverpool hingga mati sabtu lalu ketika mereka menonton aksi di televisyen apabila Reds membelasah Gunners 5-1 dalam aksi liga perdana Inggeris.

Menurut polis kedua duanya berdebat mengenai perlawanan itu sebelum David Mwangi mengeluarkan pisau dan menikam Anthony Muthetia di sebuah restoren.

Bagi penulis,Ini kes fan yang sangat fanatik hingga gagal mengawal emosi diri..Penulis pun fanatik jugak tapi setakat psiko fan lain jela...Apapun jadikan pengajaran.




Saya Tidak Lagi Terkenal

Penulis tertarik tika melihat satu gambar mengenai Shia LaBeouf yang popular menerusi wataknya dalam filem Transformer.

Pelakon berusia 27 tahun itu,tampil di Festival Film Berlin dengan memakai beg kertas coklat di atas kepalanya untuk tayangan perdana filem jerman terbarunya.

Bagi Penulis,pasti ada sebab tertentu Si Shia ni ambil rindakan sebegitu.Stylo jugak kan..