Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Sunday, December 22, 2013

Pengeboman Danok,Sadau,Padang Besar : Liputan Gambar & Video

Salam...

Sedang Lena Tido di Tilam Bujang,Telefon berdering bersama tugasan."danok kena bom woi...bgun cepat pg sana"

Itu permulaan tugasan,aku ceritakan dekat korang...
























dipercayai dua rakyat malaysia  adalah antara 24 orang yang cedera dalam tiga kejadian letupan bom di selatan thailand, hari ini.

kesemua mangsa yang cedera itu adalah mangsa letupan bom di pekan danok, berhampiran sempadan thailand-malaysia berhampiran bukit kayu hitam, kedah.

dua lagi kejadian letupan di pekan sadoa dan padang besar dipercayai tidak melibatkan sebarang kecederaan.

gabenor songkhla, girisada boonrach berkata, kejadian letupan bom di pekan danok berlaku pada pukul 1.45 petang di hadapan sebuah hotel yang dipercayai berpunca dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terletak di hadapan hotel itu.

sementara leputan di pekan sadoa berlaku pada pukul  11 pagi manakala letupan di padang besar pada pukul 1.00 tengahari.

semua mangsa yang tercedera di hantar ke hospital  berhampiran.

tinjauan wakil kami di pekan danok,  lokasi kejadian di kawal oleh anggota polis thailand dan lima buah kenderaan, gerai bergerak peniaga di hadadapan hotel itu habis rentung terbakar.

seorang saksi rakyat malaysia yang enggan nama disiarkan berada dilokasi kejadian berkata, letupan itu amat mengerikan dan beliau sempat melarikan diri sebaik sahaja letupan itu berlaku.

sementara itu seorang rakyat malaysia yang bertugas berhampiran sempadan malaysia / thailand, bukit kayu hitam, johar jaafar berkata, beliau terkejut apabila terdengar satu letupan kuat berlaku di sebelah kawasan thailand.

beliau bergegas masuk ke pekan danok dan mendapati kemusnahan yang amat dasyat yang tidak pernah dilihat sebelum ini.


0 comments:

Post a Comment