Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Thursday, October 3, 2013

"Kami Mohon Maaf Kepada Semua": Tuan rumah/Pengantin Tragedi Keracunan







“kami mohon maaf kepada semua”

itu luahan pengantin perempuan haslina yusof, 23, yang merasa sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa keluarga beliau serta saudara mara dan tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan beliau pada sabtu lalu di kampung huma, tanjung dawai, sungai petani kedah.

 menurut haslina yang juga anak kedua daripada tiga adik beradik itu merasa sangat sedih dengan kejadian itu apabila melibatkan tetamu yang menghadiri majlis perkahwinannya mati setelah menikmati jamuan pada majlis kenduri beliau.

malah paling menyedihkan salah seorang daripada mangsa yang meninggal dunia adalah sepupu beliau iaitu norshazana mohd rashid, 24, yang meninggal ahad lalu di rumah mangsa di kampung tempoyak, tanjung dawai sungai petani kedah.

dengan apa yang berlaku ini beliau berharap pihak lain jangan salah sangka dan memberi tanggapan serong terhadap keluarga beliau kerana cukuplah keluarga beliau menanggung malu dengan  kejadian ini malah beliau sendiri serta keluarga tidak terniat menginaya sesiapa, apatah lagi ingin meletakkan racun kedalam makanan seperti tomahan yang dilemparkan terhadap keluarga beliau.

sementara itu, menurut bapa haslina yang juga tuan rumah pada majlis tersebut yusof ahmad, 52, merasa amat terkilan dan sedih kerana tidak menyangka majlis perkahwinan petama kali di lakukan keluarga beliau terjadi mara bencana sehingga mengakibatkan ada tetamu yang maut setelah pulang kerumah dan ketika menerima rawatan di hospital.

malah paling terkilan dikalangan mangsa yang terpaksa di masukkan ke wad dan yang meninggal itu bukanlah orang lain tetapi saudara mara beliau sendiri.

beliau serta ahli keluarga sendiri turut terkena simtom cirit-birit dan muntah-muntah sehingga terpaksa ditahan di hospital yan selama tiga hari dan di benarkan pulang pagi tadi.

katanya perkara sebegini tidak pernah terjadi di dalam keluarga mahupun kampung itu dan menyifatkan ini merupakan sejarah dalam hidup kerana sememangnya trdisi memasak secara bergotong-royong telah dialakukan sejak turun-temurun lagi malah yang memasak itu terdiri daripada saudara-mara dan penduduk kampung.

beliau sekeluarga ditemui di rumah mereka di kampung huma tanjung dawai tengah hari tadi sebaik keluar daripada hospital yan.

sementara itu, jenazah mangsa keempat yang meninggal dunia akibat keracunan makanan,wan razali yaacob,56, selamat dikebumikan pagi tadi di tanah perkuburan masjid al-atiq, kampung merbok, sungai petani, kedah.

wan razali yang meninggal dunia jam 7.15 malam semalam di unit rawatan rapi (icu) hospital sultan abdul halim (hsah) setelah mengalami sakit perut dan muntah-muntah selepas pulang dari majlis perkahwinan di kampung huma, sabtu lalu.

suasana pilu menyelubungi ahli keluarga mangsa ketika jenazah hendak di kebumikan kerana mangsa merupakan orang yang di senangi ahli keluarga dan penduduk kampung.

1 comments: