Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Sunday, October 13, 2013

Homestay Kucing:Tempat Berkumpulnya Geng2 Kucing













Baru-baru ni aku saje jalan-jalan nak manjakan kaki di waktu petang ,jalan punya jalan lensa aku ni ha menjerit lak sebab dia terpandang ada sebuah homestay (tengok homestay pun nak menjerit).

So aku pun ikutlah mata lensaku ni ,ternampaklah aku sebuah homestay yang kucing kucing sahaja mampu membayar sewa homestay yang mahal tu hahaha..(gurau jer)


aku pun dengan excitednya masuklah homestay tu dan apa yang aku dapat adalah INI!.

homestay ni milik ahmad kenedi che noh yang menempatkan hampir tiga puluh ke lima puluh ekor kucing dalam satu masa.

idea untuk mewujudkan homestay kucing ini bermula sejak 2006 oleh kerana minat beliau sejak kecil dengan semua jenis binatang terutamanya kucing.

ahmad kenedi yang juga guru bahasa melayu di sekolah kebangsaan telok kechai alor star kedah ini turut mempunyai kebolehan dalam merawat sendiri semua jenis penyakit kucing.

menurut beliau homestay kucingnya ini turut menyediakan khidmat mengubati pelbagai jenis penyakit kucing kecuali bagi kucing yang memerlukan pembedahan.

beliau turut menitikberatkan soal penjagaan kucing selama kucing-kucing tersebut ditinggalkan sementara di homestay beliau bermula dari penjagaan makanan seharian kucing sehingga tatarias kucing tersebut.

selalunya kucing-kucing akan ditempatkan di homestay tersebut untuk tiga ke empat hari bergantung kepada keadaan samaada untuk tujuan jagaan ataupun rawatan.

untuk tujuan jagaan pelanggan beliau akan menghantar dalam tempoh tidak lebih dari seminggu dan cajnya pula sekitar lima ringgit ke sepuluh ringgit (rm9-rm10) sehari.

lazimnya kucing-kucing ini dihantar pada musim cuti sekolah atau pun perayaan manakala untuk tujuan rawatan pula bergantung kepada jenis penyakit dan tempoh rawatan yang dihidapi kucing tersebut.

menceritakan pengalamannya, beliau banyak mempelajari ilmu mengenali kucing ini dari pengalaman beliau yang sentiasa bersama kucing sejak dari kecil lagi.

masalah yang sering dihadapi beliau dalam merawat penyakit kucing selalunya seperti kucing tidak lalu makan,penyakit kulit,cacing dan masalah usus.

katanya lagi kucing juga memerlukan penjagaan rapi dan perlu mendapat suntikan kesihatan sebanyak dua kali setahun.

minat beliau dengan kucing dan pelbagai jenis binatang ini turut diwarisi oleh anak lelaki  beliau ahmad fudal ahmad kenedi.



0 comments:

Post a Comment