Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Tuesday, October 1, 2013

Ayam Masak Merah Punca Mati Keracunan Di Majlis Kenduri Kahwin





"Ayam masak merah punca 4 kematian dan 35 ditempatkan di ICU,78 menerima rawatan pesakit luar di Kedah"

Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan pada sabtu lalu di tanjung dawai, kedah diminta segera menerima rawatan di hospital atau klinik kesihatan berdekatan.

menurut pengarah hospital sultan abdul halim, dr ismail abu taat, ketika dihubungi berkata orang ramai yang mengalami keracunan makanan ketika menghadiri majlis tersebut akan mengalami simptom seperti muntah, cirit-birit dan demam sehingga menyebabkan mangsa kehilangan banyak air di dalam badan.

beliau berkata demikian ekoran kejadian semalam yang mengakibatkan 4 maut akibat keracunan makanan setelah menghadiri satu majlis perkahwinan di kampung huma, tanjung dawai, sungai petani kedah sabtu lalu.

menerusi siasatna awal beliau dimaklumkan, majlis kenduri yang diadakan sabtu lalu disediakan secara bergotong-royong tetapi dikatakan hanya tetamu yang menghadiri jamuan sebelah petang mengalami keracunan.

dipercayai mangs yang mengalami keracunan adalah mangsa yang makan ayam masak merah di kenduri tersebut.

“Tindakan kecemasan kini diambil”

pihak hospital sultan abdul halim (hsah) kini mengambil tindakan kecemasan dengan membuka klinik bergerak di kampung huma, tanjung dawai, sungai petani, kedah bertujuan bagi mengesan tanda awal keracunan makanan pada penduduk kampung yang kini merasa simtom muntah-muntah dan cirit-birit.

Dengan kerjasama pihak hospital dan penduduk kampung klinik bergerak tersebut kini ditempatkan di surau kampung itu serta kira-kira 20 pegawai kesihatan termasuk jururawat dan doktor ditugas memantau tahap kesiriusan pesakit.

0 comments:

Post a Comment