Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Friday, September 13, 2013

Operasi Pondan : Macam-macam Ragam












Hari ni aku nk kongsikan satu entri terbaru aku.Sepanjang pengalaman ku bekerja sempat aku kumpulkan rakaman telatah "pondan" di merata tempat.Tapi jangan salah faham ,aku tak berminat.Tapi aku rasa ia perlu dikongsikan atau maybe korang rasa ia tidak perlu di share kan langsung..Pedulikan jelah.
Ini adalah salah satu koleksi Operasi aku dan lensa ku ikuti dalam mencegah "penularan pondan" di merata tempat.Harus diingat aku bukan bekerja sebagai pegawai agama.

Macam-macam ragam,telatah yang dapat ku lihat ketika aku mengikuti operasi Nyah ni...Aku tak langsung benci pada pondan tapi bagi kita umat islam ianya sememangnya dilarang bukan?

Aku kongsikan rakaman ini bukan semata-mata nk bg korang tengok je,gelak atau berfikiran negatif pada pondan.Tapi hanya untuk mendedahkan bahawa setiap malam diorg ni sentiasa gah di lorong lorong gelap.

Apa yang dibuat pun aku xtahu.Aku bertanya pada diorg ,alasannya mudah.hanya suka-suka.
Ada jugak jawapan nya untuk mencari duit..Selalunya "kumpulan" ni melakukan urus niaga seks luar tabii di merata tempat dan cuba menggoda lelaki "buta" dengan pelbagai cara.

Bayarannya tidak la mahal.dan services nya pula macam-macam.Tak perlulah aku huraikan apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh diorg ni,Tapi apa yang kita sedia tahu ianya salah.

Selepas operasi mereka ni dibawa ke pejabat agama,disoal siasat dengan pelbagai soalan serta disulami pelbagai nasihat.Aku sempat menyelongkar beg diorang ni n apa yang aku jumpa pelbagai alatan make up.

Apa pun aku sekadar berkongsi,kalau nk kutuk dipersilakan,tapi xpelah aku harap sebagai manusia kita janganlah benci sgt kat diorg ni.

Diorang ni ada masalah masing masing dan apa yang kita harapkan kita berdoa agar diorang ni akan mendapat petunjuk dari Allah.

Apa yang pasti kita manusia sentiasa bersifat lemah,melakukan kesalahan,namun kita sendiri yang perlu buat perubahan kan.




0 comments:

Post a Comment