"4 orang meninggal dunia,35 ditempatkan di ICU s,petani,78 menerima rawatan pesakit luar termasuk pengantin dan keluarga"
Tiga disahkan meninggal dunia selepas di percayai mengalami keracunan makanan di selepas makan kenduri di kampung huma, tanjung dawai, sungai petani kedah.Mangsa pertama dikenali nur shazana mohd rashid 24, dari kampung tempoyak, bedong kedah meninggal di hospital sultan abdul halim (hsah) sungai petani kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.
Mangsa kedua, seorang kanak-kanak lelaki, norrahmat yusof berusia sebelas tahun dari kampung singkir, merbok, meninggal di hospital yan kira-kira jam 1 petang tadi dan ketiga ibrahim mohd , 62 meninggal di hospital sultan abdul halim sungai petani jam 6.30 petang.
kesemua mangsa dikatakan menghadiri majlis kenduri kahwin di kampung huma, tanjung dawai, kuala muda pada sabtu lalu dan mengalami sakit perut dan ciri birit selepas pulang ke rumah masing-masing.Menurut ibu nor rahmat, anaknya itu pergi makan kenduri bersama bapanya sabtu lalu dan makan ayam masak merah.
Selepas pulang anak bongsu dari lima beradik itu mengadu sakit perut, namun beranggapan hanya mengalami sakit biasa.
bagaimanpun semalam dan pagi tadi mangsa semakin teruk dan dibawa ke hospital yan untuk menerima rawatan.bagaimanpun di sahkan meninggal kira-kira jam 1 petang.
menurut hairul azhar harun yang juga sepupu kepada arwah nor shazana berkata, mangsa meninggal dunia selepas pengsan jam 12.45 tengah hari di rumahnya dan meninggal dunia sejurus dibawa ke hopsital.
Difahamkan ahli keluarga lain turut mengalami masalah yang sama namun tidak serius.
sumber Berita tv9
0 comments:
Post a Comment