Slide # 1

Slide # 2

Slide # 3

Slide # 4

Slide # 5

_

_

Tuesday, August 20, 2013

Kisah Si Pembuat Tengkolok




Kisah Si Pembuat Tengkolok

Salam...

Seperti kebiasaannya Lensa Selebet ku ingin bercerita...Coretan ku bermula dari sebuah teratak yang ku bertandang seminggu yang lepas..

Keterujaan ku bermula dengan hasil seni insan bernama Yatim

Yatim hanya insan biasa,namun disebalik itu dia dianugerahkan bakat indah membuat tengkolok.

Sebelum tu,ingin aku jelaskan serba sedikit mengenai tengkolok.Tengkolok merupakan hiasan kepala yang menjadi sebahagian daripada pakaian tradisional orang melayu ketika dahulu namun sedihnya tengkolok makin lenyap ditelan zaman.

Untuk memastikan kesinambungan pakaian tradisonal melayu itu,munculnya Yatim atau nama sebenar Mohd Yatim Mustaffa dari Kampung Peremba, Alor Setar Kedah mengambil inisiatif menghasilkan tengkolok atas bakat yang dimiliki.

Minatnya bukan kepalang,Tengkolok menjadi rencah utama dalam bakat seninya seawal usia 20 an setelah terbabit dalam pertunjukan silat di kampung kampung.

Bermulanya dari itu,Yatim mula melihat bagaimana orang tua tua dulu kala memakai tengkolok dan mengikat tengkolok dengan penuh kesenian.

Hasil keterujaan itu,hari-hari Yatim mencuba membentuk dan mengikat tengkolok mengikut ilham dan kreativiti tanpa rasa jemu di terataknya.

Pengalaman aku dan lensa selebet ku bertandang ke rumahnya menguatkan andaian bahawa tengkolok yang dihasilkannya penuh seni tersirat bagaikan setiap tengkolok yang diciptanya mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Lensa selebetku kian ligat merakam hasil kerjanya malah dia menunjuk kepada aku cara asas pembuatan tengkolok.

Kata Yatim  setiap tengkolok yang diciptanya diberi nama mengikut ilham dan citarasanya.

Malah secara bangganya Yatim memberitahuku nama nama tengkolok antaranya Dendam Tak Sudah.Tanjak Laksamana,Gagak Dirimba,Ayam Teleng ,Tunas Rabung,Naga Bonar ,Layang Mas,Soleh Gondang Emas,Solek Ketam Batu dan Helang Menyongsing Angin.

Tambahnya lagi,pembuatan tengkolok klasik ini dikenali oleh ramai penggiat seni dan orang-orang istana Kedah dan beberapa istana di negara lain.

Tengkolok yang dihasilkannya mendapat tempahan yang tinggi teruatama dari golongan kenamaan,pegawai istana dan kumpulan pergendangan dan persilatan tanah air.

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan anatara Rm 80 hingga Rm 500 bergantung kepada jenis dan kain yang digunakan.

Yatim akhirnya meluahkan harapan agar ada lagi generasi muda di negara ini mampu menghasilkan tengkolok dan hiasan kepala ini supaya tidak putus ditelan zaman.

0 comments:

Post a Comment